Dikemaskini 11 Mei 2020

Baru-baru ini telah tular gambar di media sosial menunjukkan keadaan bilik yang sangat menjijikkan di sebuah hotel di Kuching yang dijadikan sebagai pusat kuarantin.

Berikut ialah antara gambar-gambar yang menunjukkan keadaan di hotel tersebut:

Bilik tersebut berada di dalam keadaan yang sangat berselerak ia seolah-olah seperti sengaja dibiarkan begitu.

Keadaan Hotel Grand Margherita Kuching setelah ditinggalkan oleh kluster kayangan apabila tamat tempoh kuarantin
Kredit: Sayang Sarawak

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Covid-19: Norma Baru PKPB, Kenali 2 Jenis Topeng Muka Untuk Cegah Jangkitan

 

Keadaan Hotel Grand Margherita Kuching setelah ditinggalkan oleh kluster kayangan apabila tamat tempoh kuarantin
Kredit: Sayang Sarawak
Keadaan Hotel Grand Margherita Kuching setelah ditinggalkan oleh kluster kayangan apabila tamat tempoh kuarantin
Kredit: Sayang Sarawak
Keadaan Hotel Grand Margherita Kuching setelah ditinggalkan oleh kluster kayangan apabila tamat tempoh kuarantin
Kredit: Sayang Sarawak
Kredit: Sarikei Viral

Jelas sekali anda boleh nilai sendiri bagaimana teruknya keadaan bilik tersebut.

Tindakan ini turut menerima kecaman daripada netizen pengguna media sosial yang lain.

Sumber: Sayang Sarawak

Selain itu, sebuah video tular baru-baru ini menunjukkan pelaku kerosakan ini juga telah mencetuskan keadaan panik dengan membakar botol cecair pembasmi kuman yang diletakkan di kawasan lobi hotel.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, kejadian yang berlaku pada jam 9.15 pagi itu mencetuskan kebakaran kecil, namun berjaya dipadamkan oleh kakitangan hotel.

Beliau berkata, lelaki yang berusia 23 tahun itu menjalani kuarantin di hotel berkenaan sejak 2 Mei lalu kerana baru balik dari luar Sarawak.

“Lelaki itu sudah ditahan dan sudah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Sementara itu, sumber dari Pejabat Timbalan Ketua Menteri berkata, lelaki terbabit kini ditahan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here