Kajian daripada agensi penyelidikan Singapura, Blackbox Research, mendapati bahawa Malaysia berada di tangga ke-4 daripada 23 buah negara, berdasarkan tahap kepuasan rakyat mengenai usaha kerajaan menangani wabak Covid-19.

Pada sidang media pada 10 Mei, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkongsi berita baik mengenai kaji selidik global ini sebagai makluman kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Malaysia berada di tangga keempat daripada 105 buah negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak COVID-19,” kata beliau.

sidang media perdana menteri 10 mei 2020 pelanjutan perlaksanaan PKPB
Kredit: Pejabat Perdana Menteri

Malahan menurut Ketua pegawai eksekutif agensi hartanah IQI Global Kashif Ansari, 105 buah negara lain mempunyai lebih banyak kematian Covid-19 per juta penduduk berbanding Malaysia.

Tinjauan ini bertujuan untuk menilai tindak balas kerajaan daripada setiap negara yang terlibat berdasarkan 4 petunjuk prestasi utama. Antaranya ialah melalui aspek kepemimpinan politik nasional, aspek kepemimpinan korporat, aspek komuniti, dan akhir sekali melalui aspek media.

Kajian ini dijalankan secara bersama dengan agensi penyelidikan sosial Singapura Blackbox Research dan pakar panel dalam talian antarabangsa Toluna.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Menjijikkan! Kluster Kayangan Buat Hal Di Sebuah Hotel Di Kuching

Kajian ini telah dijalankan pada 3 hingga 19 April 2020, ia turut melibatkan lebih daripada 12,000 responden yang berusia antara 18 hingga 80 tahun daripada 23 buah negara.

Malaysia berada di kedudukan ke- 4 pada kajian mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap usaha kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 di negara mereka.
Sumber: Kajian Tahap Kepuasan Rakyat terhadap usaha kerajaan menangani wabak COVID-19 – Blackbox

Berdasarkan kajian ini mendapati Malaysia berada di kedudukan yang ke-4 pada skor indeks 58. Ia turut mencatatkan sebanyak 59 skor untuk politik, 43 skor komuniti, 37 skor korporat dan 93 skor media.

Kashif juga beranggapan Malaysia memberikan respons baik terhadap Covid-19, di samping turut memiliki kemudahan perubatan bertaraf dunia.

“(Malaysia) meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di atas keuntungan ekonomi jangka pendek. Kesan daripada langkah itu, angka jangkitan di Malaysia lebih rendah dan dilihat mampu keluar daripada sekatan pergerakan lebih cepat berbanding dengan negara lain,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here