Pustaka Negeri Sarawak mengajak orang ramai bersama-sama menyokong World Quran Hour 2020 yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia. Jangan lupa sertai esok hari pada 20 Ramadan 1441H bersamaan hari Rabu, 13 Mei 2020 bermula jam 11:00 pagi!

 

Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan World Quran Hour pada tahun ini dengan membawa misi Surah Ar-Rahman, 55: 1-78 sebagai solusi mengembalikan keharmonian global, “Reboot Global Harmony”.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Puas Hati Usaha Kerajaan Tangani Covid-19: Malaysia Di Tempat Ke-4 

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Rumah Ngaji Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengadakan World Quran Hour 2020 Peringkat Negeri Sarawak secara langsung di Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak pada Rabu, 13 Mei 2020, jam 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari.

Mari kita menyokong dengan mendaftar di World Quran Hour!

Pelaksanaan Malaysia Quran Hour telah bermula sejak tahun 2015 dan World Quran Hour bermula pada tahun 2016 secara tahunan. Sehingga tahun 2019, pelaksanaan ini telah diadakan di lebih 3,000 lokasi berdaftar di seluruh Malaysia, 300 lokasi berdaftar di 76 buah negara dan telah mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial.

Kongsikan detik ini dengan memuat naik gambar dan video anda beserta dengan hashtag #worldquranhour #worldquranhourswk

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here