Apple sedang merancang untuk menaik taraf ciri sekuriti Face ID, dengan memudahkan proses nyah-kunci peranti iPhone semasa pengguna memakai topeng muka.

Susulan pemakaian topeng muka yang kini menjadi norma baharu, Apple merancang untuk memudahkan proses sekuriti nyah-kunci iaitu fungsi Face ID bagi pengguna iPhone.

Dalam versi beta iOS 13.5, pembangun aplikasi memaklumkan ciri baru Face ID akan memudahkan pengguna iPhone untuk nyah-kunci peranti tanpa membuka topeng muka, lapor CNN.

Dalam versi iOS baru tersebut, Face ID akan mengenal pasti apabila seseorang menggunakan topeng muka, dan iPhone akan memaparkan skrin kod laluan selepas pengguna swipe up skrin iphone dari bawah — iPhone tidak akan lagi mencari-cari muka anda.

Bagaimanapun, pengguna masih perlu menanggalkan topeng muka yang dipakai untuk menyah-kunci iPhone. Namun, dengan kemas kini terbaru ini ruangan untuk mengisi kod laluan akan muncul dengan lebih cepat, kerana kini pengguna perlu menunggu 10-15 saat sebelum ruangan kunci kod laluan muncul.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Puas Hati Usaha Kerajaan Tangani Covid-19: Malaysia Di Tempat Ke-4

Kemas kini ini bakal memudahkan pengguna iPhone X ke atas, kerana Apple tidak menyediakan Touch ID bagi model-model iPhone tersebut maka untuk menyah-kunci peranti tersebut pengguna perlu mengesan wajah mereka menerusi Face ID.

Setakat ini Face ID tidak akan menyah-kunci iPhone jika pengguna tidak melepaskan topeng muka. Keadaan ini sangat melecehkan pengguna terutamanya jika mereka ingin memeriksa peranti semasa berada di luar ketika perlu mengalihkan topeng muka untuk sementara waktu. Tindakan ini akan mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.

Apple merancang untuk untuk naik taraf sekuriti face id di mana mampu nyah kunci peranti meskipun semasa menggunakan topeng muka
Kredit: wavebreakmedia

Kemas kini iOS terbaru ini turut didatangkan dengan perisian baharu yang dapat digunakan oleh pembangun aplikasi untuk membantu memaklumkan pengguna iPhone jika mereka kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Projek tersebut ialah hasil kerjasama dengan Google dengan objektif membantu mengesan penyebaran virus menggunakan teknologi Bluetooth.

Buat masa ini Apple belum mengumumkan tarikh kemas kini terbaru iOS tersebut dapat dimuat turun, namun ia mungkin akan dilaksanakan pada jangka masa terdekat.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here