Kolam ajaib di puncak gunung. Pergaduhan antara dua beradik. Legenda Puteri Santubong ialah cerita rakyat Sarawak yang terkenal dan tragik yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Hikayat lagenda Sarawak merupakan cerita rakyat negeri Sarawak yang diturunkan dari generasi ke generasi secara lisan kerana ada unsur-unsur pengajaran di dalamnya. Salah satu cerita yang popular ialah Puteri Santubong.

Perkataan Santubong itu sendiri memang tidak asing bagi rakyat Sarawak kerana Sarawak femes dengan Gunung Santubong. Oleh sebab itu cerita Puteri Santubong masih kekal dalam ingatan rakyat Sarawak.

Mount Santubong Local Tour, Daytrips, Sightseeing Packages ...
Sumber : Google

Suatu ketika dahulu terdapat dua beradik iaitu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yand tinggal di Gunung Santubong.

Gambaran Puteri Santubong & Puteri Sejinjang
Sumber : Google

Santubong pakar dalam bidang penenunan dan dia selalunya akan berada di rumah sahaja bersama alat tenunnya.

Sejinjang pula seorang petani. Dia menjaga sawah padi. Pada waktu petang, dia akan menumbuk biji-bijian padi menggunakan mortar dan lesung kayu keras.

Mengenal Alat Tenun Tradisional Bima-Dompu – Romantika Bima
Peralatan tenun, Sumber : Google

Kolam Ajaib di Puncak Gunung Santubong

Di puncak Gunung Santubong terdapat sebuah kolam kecil. Menurut lagenda, kolam tersebut dijaga oleh Puteri Santubong.

Kolam tersebut merupakan tempat mandi pari-pari, dan jika mandi di dalam kolam tersebut ia dapat merawat penyakit dan mencantikkan pemandi tersebut.

Amaran berbunyi seperti:
‘Jangan sesekali cuba bawa air dari kolam Puteri Santubong keluar dari gunung!’

‘Botol air akan pecah, penutup botol akan tercabut, dan air itu akan hilang dengan sendirinya sebelum kamu sampai ke kaki bukit’

‘Jika kamu dapat bawa air itu keluar sekalipun, air tersebut hanya berkesan di kolam itu sendiri!’

Tiada siapa pernah nampak Puteri Santubong, hanya burung putih peliharaannya yang sering kelihatan terbang sekitar gunung.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Siapa Kata Semasa PKP Tak Boleh Lepak, Pengguna WhatsApp Dah Boleh “Video Call” Maksima 8 Orang

ALU / ANAK LESUNG KAYU TUA PENUMBUK PADI TRADISIONAL, Antiques ...
Sumber : Google

Kerja Sejinjang sebagai petani amat susah kerana lesung kayu yang berat dan tingginya hampir sama tinggi dengan Sejinjang sendiri perlu digunakan untuk menumbuk padi yang keras untuk mendapatkan beras di dalamnya.

Sementara Santubong menunggu Sejinjang untuk pulang membawa beras, dia akan menyediakan api dapur untuk memasak dan mereka akan makan bersama-sama. Sungguh damai kehidupan dua beradik tersebut.

Siapa yang lebih cantik?

Pada suatu hari, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang mula bergaduh mengenai siapa yang lebih cantik.

Namun tiada siapa yang tahu mengapa dan bagaimana mereka berdua mula bergaduh.

Tidak diragui bahawa kedua-dua mereka merupakan gadis muda yang cantik sehingga terciptanya lagu menyebut kecantikan mereka yang tiada tandingan, tetapi berlaku pertelingkahan:

‘Aku lebih putih dari kau!’ kata Santubong kepada Sejinjang.

‘Tapi aku mempunyai rambut yang lebih panjang!’

‘Ah, rambut – tapi aku mempunyai jari yang lebih halus! Dan aku lebih tinggi!’

‘Tapi aku mempunyai bulu mata yang lebih panjang!’

‘Aku berjalan lebih anggun dari kau!’

‘Tapi aku menyanyi lebih baik dari kau!’

Mereka terus bertengkar dan kemudiannya menjerit sesama mereka.

Sejinjang yang baru sahaja habis menumbuk padi, dan dia masih memegang lesung kayu. Dengan perasaan marah dia memukul kepala Santubong menggunakan lesung kayu tersebut.

Belekok! Pukulan tersebut menyebabkan luka yang dalam di kepala Santubong.

Santubong juga turut marah dan mancabut batang belida pada alat tenunnya dan menikam kepala Sejingjang sehingga berkecai.

Fuh, amat luar biasa! Benar atau tidak, kita tidak tahu.

Gunung Santubong
Sumber : Google

Jika dilihat Gunung Santubong dari arah timur, kita dapat lihat seperti potongan yang dalam di kepala gunung, ia disebabkan oleh lesung Sejinjang.

Sejinjang
Sumber : Google

Dan jika dilihat pula ke arah laut dari puncak Gunung Santubong, kita dapat lihat beberapa buah pantai berselerak, ia merupakan cebisan Sejinjang yang tinggal selepas berkecai.

Kesimpulannya, penceritaan ini adalah sekadar memperkayakan kisah legenda tanah air yang penuh dengan maksud tersirat buat renungan dan iktibar bersama.

Sumber utama : Buku ‘Sarawak Folktales’ karya Heidi Munan, 2017

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

Diubahsuai pada 27 Mei 2020

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here