Walaupun tidak dapat melakukan solat dan membaca Al-Quran disebabkan uzur, banyak juga amalan lain yang boleh dilakukan oleh wanita untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar.

Walaupun tidak dapat menunaikan solat dan membaca Al-Quran, wanita yang uzur juga boleh mengimarahkan malam tersebut.

Setiap kali tiba bulan Ramadhan yang mulia, ramai umat Islam excited untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Tilawah Surah Kahfi di Hari Jumat Banyak Keutamaannya, Yuk Baca ...
Sumber : Google

Amalan yang boleh dilakukan jika uzur menurut Ustaz Azhar Idrus:

1. Bangun di tengah malam dan lakukan ibadah seperti berzikir, berselawat, beristighfar, takbir, bersedekah dan banyak lagi.

10 malam terakhir Lailatul Qadar
Sumber: shafiqolbu

2. Perempuan yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan dapat ganjaran ibadah.

Sebagai contoh menyediakan makanan dan minuman kepada suami supaya dia mudah pergi Tarawih, kejutkan suami tengah malam dan buat air kopi dan sebagainya.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Jom Sertai World Quran Hour, 13 Mei 2020 Serentak Di Seluruh dunia!

3. Kalau selalunya solat dilakukan selama 5 minit, tapi disebabkan uzur, gunakan 5 minit itu untuk selawat dan istighfar.

10 malam terakhir Lailatul Qadar
Sumber : Google

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

1. Satu malam yang lebih baik daripada 1,000 malam

2. Para malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar

3. Para malaikat dan Jibril juga turun membawa rahmat dengan perintah Allah.

4. Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.

10 malam terakhir Lailatul Qadar
Sumber : Google

Bilakah berlakunya Lailatul Qadar?

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Contoh malam ganjil ialah malam 21, 23, 25, 27, 29 atau malam akhir Ramadhan.

Jadi jika anda uzur pada 10 malam terakhir Ramadhan, jangan risau kerana anda juga boleh mendapat manfaat malam Lailatur Qadar. Semoga kita mendapat malam Lailatur Qadar. In Sha Allah.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here