WhatsApp seperti ingin mengejar Zoom dengan merancang untuk menyokong 50 panggilan video melalui Facebook Messenger Rooms.

Pilihan baru ini dapat dilihat pada versi beta WhatsApp Web 2.2019.6 oleh penyelidik dari WABetaInfo. Terdapat pintasan (shortcut) di menu WhatsApp yang akan menyambungkan WhatsApp terus pada Facebook Messenger Rooms yang baru dikeluarkan.

Selain itu, Facebook juga telah mengumumkan bahawa mereka akan memasukkan beberapa shortcut di WhatsApp dan mereka akan memasukkannya pada update Android Beta 2.20.139 yang kini sedang dibina.

">> <a href=

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Susah Guna Face ID Dengan Topeng Muka? Apple Rancang Permudah Fungsi Nyah-Kunci iPhone

Baru-baru ini WhatsApp telah mengemaskini aplikasinya dengan membolehkan 8 panggilan video dalam satu masa pada peranti mudah alih anda.

Tetapi dengan adanya shortcut terbaru ini, ada pilihan kepada pengguna sama ada ingin menjemput lebih ramai orang untuk menyertai perbualan tersebut.

Ciri ini akan tersedia di iOS dan Android, namun begitu, ciri ini memerlukan sokongan desktop supaya ia menjadi lebih sesuai sebagai conferencing tools.

WAbetaInfo turut memberi beberapa gambaran bagaimana shortcut tersebut muncul di senarai aktiviti yang terdapat di ruangan sembang nanti:

"<yoastmark

Jika pengguna memilih shortcut Facebook Messenger Room, WhatsApp akan menunjukkan pengenalan ciri seperti berikut:

"<yoastmark

Shortcut lain juga turut terdapat di ruangan menu utama:

"<yoastmark

Sekiranya pengguna memutuskan untuk membuat ruangan, WhatsApp akan bertanya sama anda ingin disambungkan terus ke Messenger:

"<yoastmark

Ciri ini masih lagi di dalam proses pembinaan dan ianya belum mempunyai tarikh lagi untuk dilancarkan. Pastinya ia akan tersedia di masa terdekat pada iOS, Android dan semestinya WhatsApp Web.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here