Segala aktiviti perayaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya dapat mengelakkan jangkitan Covid-19 daripada berlaku.

Kurang lagi dua minggu, seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dan tidak lama selepas itu penduduk peribumi Sabah dan Sarawak pula akan meraikan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, jelas sekali pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikannya, bukan?

Namun begitu, perayaan bagi tahun 2020 ini sangat unik dan pastinya sangat berbeza berbanding dengan yang tahun-tahun lepas kerana ia berada dalam tempoh PKPB.

Justeru, semalam (13 Mei), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah memutuskan supaya Hari Raya dan Hari Gawai di negeri ini disambut untuk sehari sahaja. Ini bertujuan mengelakkan peningkatan drastik kes jangkitan wabak Covid-19 berlaku semasa musim perayaan.

Maka, bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku berikut 7 tips yang admin ingin kongsikan pada anda sepanjang meraikan hari perayaan nanti :

1. Sambutan di Kalangan Keluarga Terdekat

Kredit: Free Malaysia Today

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> WhatsApp Sokong 50 Panggilan Video Di Desktop Melalui Facebook Messenger

Sambutan perayaan tahun ini hendaklah dilakukan dalam kalangan ahli keluarga dan jiran yang terdekat sahaja. Kerajaan juga turut hadkan kapasiti kehadiran sepanjang sambutan perayaan dengan had maksimum seramai 20 orang pada satu hari.

Elakkan berkunjung ke rumah rakan-rakan semasa musim perayaan. Ini kerana kita tidak tahu siapa pembawa jangkitan terutamanya mereka yang asymptomatic iaitu individu yang mempunyai jangkitan namun tidak menunjukkan sebarang gejala atau erti kata lain mereka ialah silent carrier.

2. Amalkan Penjarakan Sosial

Kredit: ThamKC

Meskipun sambutan perayaan diraikan bersama ahli keluarga terdekat sahaja. Namun begitu, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter haruslah tetap diamalkan.

Selain itu, seperti yang disarankan oleh Dr Noor Hisham semasa musim perayaan ini rakyat Malaysia hendaklah mengelakkan daripada 3C, iaitu:

  • Crowded Area – Kawasan yang sesak
  • Confined Area – Ruang rapat atau tertutup
  • Close conversation – Perbualan dalam jarak yang dekat

Ini bertujuan mengelakkan daripada anda terdedah dengan sebarang jangkitan.

3. Amalkan Pemakaian Topeng Muka

Kredit: mblach

Untuk ahli keluarga yang datang berziarah semasa hari perayaan digalakkan anda sekeluarga agar memakai topeng muka ketika berkunjung ke rumah. Begitu juga pihak tuan rumah hendaklah sentiasa memakai topeng muka ketika menerima tetamu.

4. Sediakan Hand Sanitizer atau Sabun Cuci Tangan

Kredit: Rido81

Tuan rumah hendaklah menyediakan hand sanitizer atau sabun cuci tangan di pintu masuk supaya dapat memudahkan tetamu untuk mencuci tangan mereka sebelum masuk ke kediaman rumah anda.

5. Sanitasi Secara Berkala

kredit: halfpoint

Tuan rumah hendaklah melakukan sanitasi secara berkala terutamanya di kawasan meja dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan. Hal ini kerana permukaan sebegini mudah terdedah dengan droplets. Maka ia boleh menjadi penyumbang kepada penularan jangkitan berlaku.

6. Elakkan Bersalaman atau Bersentuhan

Kredit: Berita Harian

Pada musim perayaan ini pastinya ramai yang akan bersalaman dengan ahli keluarga dan sanak saudara. Namun begitu, untuk mencegah daripada sebarang jangkitan anda hendaklah untuk elakkan diri dan keluarga daripada bersalaman atau bersentuhan.

7. Hidangan Sajian Makanan Hendaklah Bersih

Kredit: Rasa

Tuan rumah hendaklah memastikan kebersihan sajian makanan untuk hidangan para tetamu. Oleh itu, makanan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang tertutup supaya ia tidak tercemar.

Selain itu, bagi mereka yang berkemampuan adalah digalakkan menggunakan peralatan makanan pakai buang. Ia bagi mengelakkan daripada terdedah dengan risiko jangkitan akibat berkongsi bekas makanan ataupun minuman.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here