Hanya dalam tempoh 30 minit, ‘jangkitan’ Covid-19 telah merebak daripada seorang kepada semua orang dan permukaan barang dalam bilik itu.

Saksikan video ekperimen yang menunjukkan bagaimana Covid-19 boleh tersebar dengan cepat di premis buffet di Jepun:

NHK, organisasi penyiaran Jepun, telah bekerjasama dengan pakar penyakit pejangkit melakukan ekperimen untuk menunjukkan seberapa cepat Covid-19 dan virus lain merebak di premis yang menyediakan perkhidmatan buffet.

Seramai 10 orang sukarela terlibat dalam ekperimen tersebut dan mereka diminta untuk menikmati buffet seperti biasa.

Black Light World - Krypton Powder Contamination Simulation Powder
Sumber : Google

Cat invisible fluorescent (yang hanya dapat dilihat menggunakan cahaya ultraviolet) yang mewakili sebagai virus disapukan pada tangan salah seorang sukarela yang mewakili sebagai orang yang telah dijangkiti Covid-19 yang batuk ke tangannya.

Selepas mereka menikmati buffet selama 30 minit, lampu bilik akan ditutup dan cahaya ultraviolet akan digunakan untuk mencari kesan cahaya cat invisible fluorescent dan hasilnya agak mengejutkan (rujuk video untuk tengok hasilnya).

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Covid-19: Norma Baru PKPB, Kenali 2 Jenis Topeng Muka Untuk Cegah Jangkitan 

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan membenarkan premis makanan untuk beroperasi seperti biasa tetapi harus mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Hartz Chicken Buffet, Kuching — Jalan Tunku Abdul Rahman, phone ...
Sumber : Google

Oleh hal yang demikian, mesti ramai antara korang yang nak pergi ke premis yang ada buffet untuk melepaskan rindu, batalkan dulu niat tu kerana korang berisiko tinggi untuk terdedah dengan Covid-19.

Korang tahan jer dulu, nanti selesai kes Covid-19, min bawak korang melantak buffet.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here