Updated:19 Mei 2020

Ahirine Ahirudin, 24, merupakan seorang penggiat sukan lasak, beliau merupakan seorang wartawan Hlive. Namun begitu, kerjaya sambilannya sebagai penulis di New Straits Times bagi segmen permotoran telah mendorong dirinya menceburi bidang ini.

“A girl whose dream is to travel the world with her bike” ialah matlamat yang ingin dicapai Ahirine dalam hidupnya. Siapa yang akan percaya dengan melihat wajah polos beliau merupakan seorang aktif dalam sukan basikal dan terutamanya motorsikal lasak.

Ahirine ahirudin gadis berusia 24 tahun merupakan penggiat sukan motorsikal lasak seperti berbasikal dan motocross. beliau seorang penulis NST dan juga pegawai kadet kanan pasukan simpanan sukarela TLDM
Kredit: Error digital

Beliau menceritakan pada mStar bahawa beliau telah terlibat secara aktif dalam bidang pemotoran ini sejak berusia 17 tahun.

“Saya mula terlibat secara aktif ketika berusia 17 tahun. Tujuan saya menceburi bidang ini bukan untuk kelajuan sebaliknya lebih kepada menghayati pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju ke sesuatu destinasi,” katanya.

Ahirine yang merupakan seorang penulis bagi segmen Cars Bikes Trucks di akhbar New Straits Times mulai minat dalam sukan permotoran motocross ini sejak umur 19 hingga 20 tahun.

Ini kerana beliau telah ditugaskan untuk membuat kajian lapangan mengenai pengalaman beliau merasai sendiri menunggang motocross. Maka di situlah permulaan beliau untuk menceburi bidang ini secara aktif.

Ahirine ahirudin gadis berusia 24 tahun merupakan penggiat sukan motorsikal lasak seperti berbasikal dan motocross. beliau seorang penulis NST dan juga pegawai kadet kanan pasukan simpanan sukarela TLDM
Kredit:thread.zalora.com

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> “Look Mom! I’m All Over NYC!”, Wajah Yuna Hiasi Billboard Kota New York Kali Kedua

Keinginan beliau untuk menerokai dunia dengan jentera dua roda ini semakin membuak-buak apabila beliau melihat sendiri ayahnya ke Makkah dari Kuala Lumpur dengan hanya menunggang motorsikal.

“Minat itu mula timbul selepas saya melihat ayah saya ke Makkah dari Kuala Lumpur hanya menaiki motosikal. Sejak itu saya mula membaca mengenai kisah yang dikongsikan penunggang lain.

“Rupanya ramai yang meneroka dunia menaiki kenderaan dua roda ini. Namun untuk jadi seperti mereka, saya perlu menyiapkan diri bermula dengan latihan off-road,” katanya pada mStar.

Ayah Ahirine iaitu Datuk Ahirudin Attan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru merupakan individu pertama yang mengajar Ahirine mengenai asas menunggang motosikal sejak usianya 12 tahun lagi.

Selain kerjayanya sebagai seorang penulis Ahirine juga merupakan Pegawai Kadet Kanan bagi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ia merupakan latihan untuk anggota sukarela bersesuaian dengan masa dan keupayaan mereka yang menyertainya. Untuk lebih lanjut mengenainya anda boleh baca di sini.

Ahirine ahirudin gadis berusia 24 tahun merupakan penggiat sukan motorsikal lasak seperti berbasikal dan motocross. beliau seorang penulis NST dan juga pegawai kadet kanan pasukan simpanan sukarela TLDM
Kredit: @ahirineahirudin (Instagram)

Wow… Admin turut berbangga dengan semangat, keberanian dan kecekalan saudari Ahirine. Ahirine telah membuktikan pada masyarakat bahawa wanita turut dapat berdiri setanding dengan kaum lelaki.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here