Pemain sape terkenal itu telah menghabiskan masa dengan menghasilkan beberapa lukisan yang menarik sepanjang duduk di rumah.

Mathew Ngau Jau
Sumber: The Star

Mathew Ngau Jau, pemain dan pembuat Sape profesional yang terkenal di Sarawak telah banyak menghabiskan masa di rumah membuat kerja seninya dalam tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau telah menggunakan kanvas kulit kayu yang ada untuk menghasilkan beberapa lukisan sementara PKP dilaksanakan.

Tempoh PKP membuatkan beliau tidak dapat menikmati suasana persekitaran semula jadi yang merupakan salah satu perkara yang selalu dilakukan oleh Mathew.

Beliau lebih suka bekerja di luar rumah dengan membuat Sape atau kanvas kulit kayu bagi menghasilkan sebuah lukisan.

hasil ukiran pemain sape
Sumber: mathewngaujau.com/store

Dengan jumlah kanvas kulit kayu yang ada di rumah, beliau telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan rindu untuk kembali ke pondok dengan persekitaran semula jadi dengan melukis.

Lukisan yang dilukis mempunyai pelbagai ukuran, kualiti, saiz dan kualiti yang unik untuk setiap lukisan beliau hasilkan sepanjang PKP dilaksanakan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> ‘Social Distancing’: 6 Tips Anda Boleh Buat Untuk Mencegah Pandemik COVID-19

beberapa lukisan beliau di atas kanvas kulit kayu
Sumber: mathewngaujau.com/store

Sekiranya anda ingin hasil karya beliau, anda boleh ke Mathew Ngau Store. Anda juga boleh membeli lukisan di laman web beliau, beliau mempunyai beberapa lukisan yang mungkin anda minat!

Mathew dengan rasa rendah hati merasakan PKP ini merupakan memori yang perlu diingati untuk anda sendiri, atau sebagai hadiah yang bermakna.

Bagi sesiapa yang ingin mendengar dendangan muzik Sape dari Mathew Ngau Jau, bolehlah tontoni video konsert online beliau di bawah!

Matthew Ngau Jau, the sapeh legend, in an exclusive concert from Sarawak, Malaysia, for Piccoli Grandi Concerti, Culture del Mondo, in collaboration with Terang

Mathew Ngau Jau is a Malaysian artist who was declared Living National Heritage by the Malaysian Government for his work on revitalizing the sapeh, the traditional four-stringed instrument from Borneo. Today, he is considered the preeminent authority on the instrument, one who has preserved the musical heritage of several generations and who seeks to give the sapeh the chance to prosper beyond the rainforest.If you like Mathew’s music please consider donating him here: https://www.paypal.me/thetuyangPlease support Mathew by visiting his website:https://mathewngaujau.com/Or by streaming his music: https://open.spotify.com/artist/1K25PTXoMFXDymP1zOTMBBIn collaboration with: Terang and The Tuyang Initiative Media partners MOTO NO KAI and Bibliothè

Posted by Associazione Culture del Mondo on Sabtu, 2 Mei 2020

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here