Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan prosedur perlaksanaan perkahwinan di Kuil, Gereja dan Persatuan Agama pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 18 Mac yang lalu iaitu semenjak kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala upacara perkahwinan sepanjang tempoh PKP yang telah dijadualkan di JPN termasuk kuil, gereja dan persatuan agama terpaksa ditangguhkan.

Justeru pada 12 Mei lalu JPN telah mengeluarkan senarai edaran mengenai Prosedur Urusniaga Perkahwinan Di Bawah Akta 164 Bagi Kuil, Gereja Dan Persatuan Agama Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

prosedur perkahwinan pasca pkp di bawah akta 164 bagi kuil, gereja dan persatuan agama pasca perintah kawalan pergerakan 2020
Kredit: wanista

Menurut senarai edaran prosedur perkahwinan tersebut, mana-mana upacara perkahwinan yang terjejas semasa tempoh PKP di mana tempoh tamat lesen mereka yang sepatutnya dilaksana dalam tempoh 6 bulan akan dilanjutkan sehingga 31 Julai 2020 tanpa perlu mengemukakan pemohonan baharu dan pembayaran fi sekali lagi.

Namun jika pasangan yang terjejas memilih untuk menjalankan upacara perkahwinan mereka selepas 31 Julai 2020 mereka hendaklah mengemukakan pemohonan baharu dan menjelaskan apa-apa fi yang berkaitan.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai prosedur pasca PKP ini di pautan ini:

Prosedur Urusniaga Perkahwinan Di Bawah Akta 164 Bagi Kuil, Gereja Dan Persatuan Agama Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

prosedur perkahwinan pasca pkp di bawah akta 164 bagi kuil, gereja dan persatuan agama pasca perintah kawalan pergerakan 2020
Kredit: aetb

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Ahirine Ahirudin Gadis Wajah Polos, Gemar Sukan Motor Lasak

Pada artikel kali ini admin ingin kongsikan pada anda semua beberapa garis panduan pelaksanaan yang telah ditetapkan JPN dan wajib dipatuhi oleh pihak yang terlibat semasa melaksanakan upacara perkahwinan di kuil, gereja dan persatuan agama selepas tamat tempoh PKP, antaranya ialah:

1. Syarat-syarat Semasa Upacara Perkahwinan

a) Upacara hendaklah dibahagikan dengan teratur kepada sesi pagi dan petang

Pihak pendaftar perkahwinan hendaklah menyusun jadual upacara perkahwinan dengan lebih teratur dengan membahagikan ia kepada sesi pagi dan petang. Ini supaya dapat memberi jarak masa yang mencukupi dari satu upacara kepada upacara yang lain. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di kuil, gereja, persatuan agama dan bilik upacara.

b) Slot upacara perkahwinan boleh ditambah mengikut kesesuaian

Pihak pengurusan boleh menambah slot upacara perkahwinan dalam sehari jika ianya bersesuaian dengan keadaan semasa.

c) Menetapkan Ruangan Upacara Perkahwinan

Selain itu, pihak pengurusan perkahwinan hendaklah menetapkan bilik atau ruangan untuk setiap pasangan yang telah dijadualkan untuk upacara perkahwinan. Ia bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku pada hari perkahwinan yang telah dijadualkan.

d) Pasangan dan saksi hadir mengikut jadual yang ditetapkan

Setiap pasangan dan saksi hendaklah hadir dan mematuhi jadual yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan perkahwinan dengan mengikut masa yang telah ditetapkan pada setiap pasangan. Ia bagi mengelakkan kesesakan berlaku dalam satu-satu masa upacara yang dijalankan.

prosedur perkahwinan pasca pkp di bawah akta 164 bagi kuil, gereja dan persatuan agama pasca perintah kawalan pergerakan 2020
Kredit: rawpixel

e) Pasangan menyediakan dokumen yang diperlukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh perkahwinan

Pasangan pengantin hendaklah menyediakan segala maklumat seperti saksi bagi setiap pasangan dan dokumen yang diperlukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh upacara dijalankan. Ia bagi memudahkan penyediaan untuk pengurusan daftar perkahwinan.

f) Mengehadkan kuota bilangan yang hadir semasa upacara kepada 4 orang

Pihak pengurusan perkahwinan hendaklah mengehadkan kuota bilangan yang hadir iaitu seramai 4 orang. Hanya membenarkan pasangan lelaki dan perempuan serta dua orang saksi sahaja yang hadir ke Kuil, Gereja atau Persatuan Agama semasa upacara perkahwinan dijalankan.

Kaum keluarga, saudara-mara, dan pihak-pihak yang tidak terlibat adalah tidak dibenarkan hadir bagi mengelakkan berlakunya mass gathering.

g) Hadkan tempoh upacara perkahwinan kepada 40 minit

Setiap upacara perkahwinan yang dijalankan hendaklah dihadkan kepada 40 minit sahaja bagi setiap pasangan. Ia bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 dan mengelakkan pihak-pihak yang terlibat daripada dijangkiti virus ini.

h) Prosedur kualiti perkahwinan dan perceraian masih digunapakai

Segala syarat pemohonan lain dan dokumen yang sedia ada masih digunapakai. Justeru anda boleh merujuk kepada Prosedur Kualiti Perkahwinan dan Perceraian untuk mendapatkan kepastian.

prosedur perkahwinan pasca pkp di bawah akta 164 bagi kuil, gereja dan persatuan agama pasca perintah kawalan pergerakan 2020
Kredit: avanti_photo

2. Langkah-langkah Keselamatan

a) Jalani saringan kesihatan

Setiap pelanggan yang terlibat dalam urusniaga perkahwinan ataupun penceraian hendaklah menjalani saringan kesihatan dengan mengambil suhu badan dan penyediaan hand sanitizer di pintu masuk sebelum mereka dibenarkan memasuki premis.

Mana-mana pelanggan yang mempunyai gejala Covid-19 atau masih menjalani tempoh kuarantin tidak dibenarkan membuat sebarang urusan.

b) Buku kawalan kehadiran hendaklah disediakan

Bagi mana-mana pasangan atau saksi yang terlibat dalam urusan perkahwinan ini hendaklah mengisi maklumat diri seperti nama dan nombor Mykad, nombor telefon dan alamat.

Ia dilaksanakan atas tujuan keselamatan bagi memudahkan pihak berkuasa bagi mengenalpasti individu yang berkaitan jika berlakunya kes Covid-19 di kalangan mereka.

prosedur perkahwinan pasca pkp di bawah akta 164 bagi kuil, gereja dan persatuan agama pasca perintah kawalan pergerakan 2020
Kredit: Omelnickiy

c) Menyediakan hand sanitizer di setiap ruang

Pihak pengurusan perkahwinan hendaklah menyediakan hand sanitizer di setiap ruangan pejabat yang strategik. Contohnya seperti di kaunter, ruang kerja, ataupun bilik upacara perkahwinan. Ia bertujuan bagi mencegah penularan sebarang jangkitan daripada berlaku di dalam premis tersebut.

d) Sentiasa memakai topeng muka

Semua individu yang terdapat di premis tersebut hendaklah sentiasa memakai topeng muka dan hidung (face mask) terutamanya semasa upacara perkahwinan sedang dijalankan.

prosedur perkahwinan pasca pkp di bawah akta 164 bagi kuil, gereja dan persatuan agama pasca perintah kawalan pergerakan 2020
Kredit: Newsweek

e) Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial

Semasa berada di dalam premis setiap individu hendaklah memelihara jarak sosial masing-masing sekurang-kurangnya 1 meter. Terutamanya ketika sedang menunggu di ruangan menunggu, kaunter, ruang kerja ataupun di bilik upacara perkahwinan.

f) Patuhi amalan kesihatan yang ditetapkan

Anda hendaklah mematuhi segala amalan kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia juga merangkumi tugas-tugas disinfeksi bagi setiap ruangan pejabat seperti kaunter, ruang kerja, bilik upacara perkahwinan dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Jabatan Pendaftaran negara dalam talian 03-8880 7077

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here