Hand sanitizer yang mengandungi lebih daripada 70% kandungan alkohol adalah mudah meruap dan sangat mudah terbakar, maka tindakan meninggalkan ia dalam kereta mampu mengundang risiko kebakaran.

Semenjak pandemik Covid-19 berlaku, permintaan terhadap hand sanitizer meningkat secara drastiknya berbanding dengan sebelumnya di mana setiap farmasi mengalami kehabisan stock hand sanitizer pada ketika itu.

penggunaan hand sanitizer di dalam kereta tidak digalakkan kerana sifat alkohol yang mudah meruap dan terbakar akan akibatkan risiko kebakaran
Kredit: AP Photo/Ted S. Warren

Penggunaan hand sanitizer kini menjadi suatu keperluan terutamanya ketika anda berada di luar untuk membeli barang. Kandungan alkohol dalam hand sanitizer berperanan untuk membasmi mikroorganisma dan bakteria yang terdapat pada tangan kita selepas menyentuh sesuatu.

Kaedah penggunaan yang mudah dan cepat serta senang dibawa ke mana-mana menyebabkan hand sanitizer menjadi pilihan ramai berbanding membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun.

penggunaan hand sanitizer di dalam kereta tidak digalakkan kerana sifat alkohol yang mudah meruap dan terbakar akan akibatkan risiko kebakaran
Kredit: merc67

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Kahwin Pasca PKP: Ketahui Tatacara Perkahwinan Di Kuil, Gereja & Persatuan Agama

Namun begitu, sifat hand sanitizer mampu mengundang risiko kebakaran dan membahayakan penggunanya.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran berkata cecair hand sanitizer perlu disimpan jauh dari suhu tinggi atau elakkan daripada terdedah kepada api supaya tidak mengundang bahaya.

“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api,” katanya kepada Berita Harian.

Menurut pengguna Facebook Emrys Raphael, hal ini kerana hand sanitizer yang mengandungi lebih 70% kandungan alkohol adalah mudah meruap dan sangat mudah terbakar.

Justeru tindakan meninggalkan hand sanitizer di dalam kereta terutamanya ketika cuaca yang panas kini mampu mengundang risiko kebakaran. Ini kerana berdasarkan laman web pendidikan Greelane takat didih bagi alkohol terutamanya ethanol yang terdapat dalam hand sanitizer adalah pada 78.37 darjah Celsius berbeza dengan takat didih air iaitu pada 100 darjah Celsius.

alkohol yang meruap dan terbakar
Kredit: Facebook Emrys Raphael

Selain itu, Emrys juga berkata penggunaan hand sanitizer terutamanya jenis spray ketika berada di dalam kereta dan di ruangan yang tertutup adalah tidak digalakkan.

Ini kerana molekul halus yang dilepaskan sangat bahaya jika anda terhidu. Maka semasa penggunaannya, anda digalakkan membuka tingkap supaya terdapat pengudaraan di dalam kereta.

penggunaan hand sanitizer di dalam kereta tidak digalakkan kerana sifat alkohol yang mudah meruap dan terbakar akan akibatkan risiko kebakaran
Kredit: bondarillia

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here