Masyarakat Melayu Sarawak mempunyai keunikannya yang tersendiri semasa menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kebiasaannya, sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri sudahpun bermula pada malam 7 Likur iaitu pada tanggal 26 Ramadhan. Waktu inilah banyak rumah-rumah yang sudah mula membuka lampu raya mereka.

1. Pesta bertuntung

Di Sarawak terdapat tradisi yang sama yang digelar pesta bertuntung. Pesta tersebut dilakukan dengan rumah-rumah akan dihiasi dengan lampu terang yang cantik-cantik dan terang-benderang.

Hari Raya
Sumber : Click!

Tidak lupa juga pelita akan dipasang di sekeliling rumah dan juga jalanraya. Pesta ini akan bermula dari malam 7 Likur sehingga ke malam 7 Syawal iaitu malam terakhir sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya
Sumber : Kementerian Perpaduan Negara

Pertandingan bertuntung juga akan diadakan untuk memeriahkan lagi suasana. Penduduk akan menunjukkan kreativiti masing-masing menghias rumah.

Hari Raya
Sumber : Facebook Bintulu Info

Setiap penduduk kampung/perumahan akan bekerjasama untuk membina pintu gerbang bertuntung di jalan masuk ke kampung/perumahan tersebut.

Hari Raya
Sumber : Twitter

Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama antara mereka dan sumbangan dana daripada mereka.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tahniah Sarawak! Tiada Kes Positif Covid-19 Selama 5 Hari Berturut-turut

2. Hidangan kuih-muih dan lauk-pauk

Untuk kaum wanita pula, mereka lebih menghabiskan masa mereka di dapur membuat lauk pauk dan kuih-muih yang akan dihidangkan untuk sambutan Hari Raya nanti. Antara kuih yang wajib ada adalah Kek Lapis Sarawak, Kek Hati Parek, kuih Makmur dan sebagainya.

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika ...
Kek Lapis, sumber : gengtravel.com
aL on Twitter: "kek hati parek boleh dikira raja kek di sarawak ...
Kek Hati Parek, sumber : Twitter
Resipi Biskut Makmur oleh Roselina Hanid - Cookpad
Kuih Makmur, sumber : cookpad.com

Lauk-pauk pula akan dihidangkan untuk jamuan pada pagi Syawal seperti kelupis, lemang, ketupat, rendang dan sebagainya.

D.I.Y Di Rumah: DIY Cara Buat Kuih Kelupis Sarawak Langkan Demi ...
Kelupis, sumber : D.I.Y di rumah
Cara Kawal Pemakanan Di Kala Raya
Lemang & ketupat, sumber : Eh!
Beef Rendang (The BEST Recipe!) - Rasa Malaysia
Rendang daging, sumber : Rasa Malaysia

3. Solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Apabila menjelang pagi raya, solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan dilakukan. Ramai umat Islam akan pergi ke masjid untuk melakukan solat sunat tersebut tak kira kecil atau besar.

Eratkan hubungan sesama Islam pada hari raya: Sultan Mizan
Sumber : Sinar Harian

Meraka akan menggunakan baju Melayu yang serba lengkap dengan samping dan songkok oleh kaum lelaki manakala kaum wanita akan menggunakan baju kurung Melayu.

4. Pakaian Hari Raya

Sekitar Hari Raya Hafiz Suip (6 gambar) ~ Nibong Press
Sumber : Nibong Press

Yang uniknya, golongan lelaki Melayu Sarawak akan menggunakan baju Melayu pelbagai warna sehingga ke 7 Syawal dan golongan wanita pula juga akan menggunakan pakaian busana Melayu seperti kebaya dan baju kurung.

KEBAYA SONGKET MAIRA baju kurung moden terkini baju kurung kebaya ...
Sumber : Shopee

5. Ziarah kubur

Selepas melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri, mereka akan menziarah kubur untuk membaca Yassin dan berdoa untuk kesejahteraan ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

JAIPk larang ziarah kubur di pagi raya - Perak Insights
Sumber : Perak Insights

6. Duit raya

Amalan memberi duit raya pada asalnya adalah sebagai hadiah kepada anak-anak kecil yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan. Tapi kini, duit raya diberikan kepada sesiapa pun atas tujuan untuk berkongsi rezeki.

Padankan gambar
Sumber : H5P

7. Minuman rasmi

Setiap kali menjelang Hari Raya, minuman ini akan dihidangkan hampir setiap rumah di Sarawak iaitu air lemenet (berkarbonat) dan air oren Sundrop.

air lemenet
Sumber: wix.com
Sundrop Orange Juice | Shopee Malaysia
Sumber : Shopee

8. Sadak / Melimpas

Ahli masjid akan mengikat kain di pinggang mereka dan akan berjalan melimpas jemaah semasa takbir raya dibaca sementara menunggu khutbah. Jemaah akan memberi derma dengan meletakkan wang ke dalam kain tersebut.

Amalan 'sadak' sinonim dengan sambutan Aidil Fitri di Kabong ...
Sumber : Sarawakvoice.com

9. Kemeriahan masih dirasai selama 7 hari.

Walaupun sudah hampir seminggu beraya, suasana meriah masih dapat dirasai. Dengan ramai yang masih berpakaian baju Melayu, rumah terbuka, malah di tempat kerja pun dihias dan diadakan majlis berhariraya.

Sumber : aksarafendi.blogspot

Begitulah sedikit sebanyak amalan masyarakat Melayu Sarawak semasa menyabut Hari Raya Aidilfitri.

Jika ada salah silap mohon ampun dan maaf.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin~

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here