Kerja sosial ialah suatu profesion yang berorientasikan bantuan kepada mereka yang memerlukan atau golongan sasar dengan menyediakan perkhidmatan sosial yang berasaskan dasar sosial yang sedia ada.

Profesion kerja sosial di Malaysia tidak begitu dikenali dalam kalangan masyarakat negara ini. Namun begitu, tanpa sedar profesion ini juga turut banyak menyumbang kepada negara dan dalam kehidupan masyarakat kita.

Berdasarkan video di atas Prof Dr Azlinda Azman iaitu Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan juga merupakan Exco Malaysian Association of Social Work (MASW) telah memberikan sedikit perkongsian tentang profesion kerja sosial di Malaysia pada program bual bicara Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Prof dr Azlinda Azman membincangkan profesion kerja sosial di malaysia
Kredit: Laman web rasmi Universiti Sains Malaysia

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Jangan Tinggal Hand Sanitizer Dalam Kereta, Ini Yang Perlu Anda Ketahui!

Menurut beliau kerja sosial ialah satu profesion menolong dengan memfokuskan kepada bantuan psikososial dan sokong bantu kepada golongan sasar.

“Kerja sosial ini adalah satu profesional, mereka dalam kategori profesion menolong dan mereka sangat fokus memberi bantuan psikososial dan memberi bantuan sokong bantu kepada mereka-mereka yang memerlukan,” katanya dalam program tersebut.

Ianya seiring dengan definisi kerja sosial daripada Persatuan Pekerja Sosial Antarabangsa (IFSW) di mana kerja sosial ialah satu profesion yang berasaskan praktis dan satu disiplin akademik yang mempromosikan perubahan, perpaduan dan pembangunan sosial, serta pemerkasaan dan kebebasan manusia.

Dalam erti kata lain kerja sosial berperanan dalam menyediakan perkhidmatan sosial secara profesional untuk menanggani sesuatu isu atau masalah sosial.

Di samping itu mereka juga berperanan untuk membantu meningkatkan kefungsian sosial di kalangan masyarakat. Ia bertujuan supaya masyarakat atau komuniti dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam menjalankan peranan diri masing-masing.

Kerja sosial di Malaysia di jalankan oleh pegawai kebajikan masyarakat
Kredit: Laman Web Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kerja sosial telah diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 1946 dan ia telah dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Menurut Dr Azlinda, Pegawai Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang sama dengan pekerja sosial meskipun tidak menggunakan nama “kerja sosial”.

“Mereka diberi position sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat dan mereka tidak menggunakan perkataan pekerja sosial actually peranan yang dimainkan memang peranan pekerja sosial.

“Kerana di Malaysia kita tidak mempunyai perundangan yang mengazettekan pengambilan position sebagai seorang pekerja sosial profesional. Jadi di Malaysia masih lagi usaha perlu dijalankan bagi membolehkan undang-undang kerja sosial ini boleh diwujudkan,” katanya pada program bual bicara Selamat Pagi Malaysia.

Kerja sosial menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh kepada mereka yang memerlukan yang merangkumi individu, keluarga, kelompok dan juga komuniti. Ia bertujuan bagi memastikan kesejahteraan dalam masyarakat.

Seterusnya, perkhidmatan atau intervensi yang ditawarkan pekerja sosial dalam bentuk fizikal ataupun bantuan psikososial kepada klien mereka. Antaranya ialah perkhidmatan kaunseling, terapi, pendidikan serta menghubungkan klien dengan sumber awam atau swasta yang sesuai.

Bantuan yang diberikan bertujuan supaya ia dapat memberi perubahan yang lebih baik atau membantu meningkatkan kefungsian sosial klien mereka.

profesion kerja sosial di malaysia berperanan membantu golongan sasar yang memerlukan
Kredit: Rawpixel

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai profesion kerja sosial anda boleh merujuk di laman facebook Malaysian Association of Social Work (MASW) ataupun hubungi talian     03-7954 9379.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here