Keling dan Kumang merupakan pasangan suami isteri yang terkenal di kalangan masyarakat Iban. Kisah perjumpaan mereka amat menarik dan luar biasa.

Keling, seorang pahlawan lelaki Iban yang paling gagah dan tampan manakala Kumang pula seorang gadis Iban yang cantik dan lemah lembut.

Dayak Warrior by BillCreative.deviantart.com on @deviantART
Gambar hiasan, sumber: billcreative
Photo Details :: Portrait of an Iban Lady
Gambar hiasan, sumber: pustaka-sarawak

 

Menurut masyarakat Iban yang tinggal berhampiran Sungai Lupar, Keling berasal dari rumah panjang Panggau Libau. Panggau Libau terletak tinggi di langit ke-7. Ayahnya, Gemuring, seorang ketua perang yang terkenal.

Keling selalu memerhatikan gadis-gadis yang sedang bekerja. Gadis-gadis muda Panggau Libau semuanya cantik belaka akan tetapi bagi Keling mereka seperti adiknya sendiri.

Pada satu pagi, Keling berkata kepada sepupunya, Pungga dan Bung Nuing, ‘Aku tak tahu mengapa aku tidak berkenan untuk berkahwin dengan gadis di sini. Jum kita turun ke bumi, kita mengembara di sana dan mana tahu aku akan berjumpa dengan jodohku.’

Keling memakai pakaiannya yang terbaik, berbekalkan parang panjang dan kotak sirih kecil yang diperbuat daripada buluh yang diikat gantung di tali pinggang peraknya.

Amazon.com: Small Hand Carved Bamboo Box: Handmade
Gambar hiasan, sumber : Amazon

Mereka turun ke bumi dengan memanjat turun dahan tanaman yang tinggi dan besar.

Beanstalk to the Top ~ Backdrops Canada
Gambar hiasan, sumber : backdropscanada.ca

Mereka turun ke hutan yang tebal dan sesak. Semasa berjalan di dalam hutan tersebut, mereka menyedari yang Pungga tidak bersama mereka. Mereka memanggil-manggil namanya tetapi tiada balas darinya.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Hikayat Legenda Sarawak: Bagaimana Dalat Mendapat Nama

Mereka meneruskan perjalanan sambil mencari Pungga. Keling berada di hadapan untuk memotong dahan-dahan yang menganggu perjalanan mereka. Tidak lama kemudian, Bunga Nuing juga telah hilang.

Keling cuba memanggil nama mereka, tapi masih tiada balas dari mereka.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi yang kuat datang dari belakang pokok yang besar. Keling pergi memeriksa bunyi tersebut dan dia melihat sekumpulan gergasi sedang bergaduh.

Giants vs Dwarven Centurions - Skyrim - YouTube
Gambar hiasan, sumber : Youtube

Salah satu gergasi itu melihat Keling dan cuba menyerangnya. Keling menghayun parangnya dan membelah gergasi tersebut menjadi dua seperti membelah kayu api.

Gergasi yang lain terkejut melihat Keling dan terus berhenti bergaduh. Mereka menawarkan ‘pengarah’ iaitu tangkal ajaib berbentuk batu halus kepadanya supaya dia tidak mencedarakan mereka. ‘

Guys.... I found the third stone, there's only one more left to ...
Gambar hiasan, sumber : imgur.com

‘Kalau kau pegang batu ini, kau boleh bercakap dengan lalat dan semut,’ kata gergasi itu. Keling mengambil batu itu dan menyimpannya ke dalam kotak sirihnya dan terus pergi dari situ.

Keling meneruskan perjalanan mencari sepupunya. Hutan semakin tebal dan gelap. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dan menghidu bau sesuatu dibakar, bukan bau kayu yang dibakar tapi bau seperti rambut yang dibakar.

Keling pergi ke arah bau tersebut untuk memeriksanya, dia menjumpai hantu hutan yang cuba membakar manusia.

Gambar hiasan, sumber : Sarawak Folktales

Hantu tersebut menyedari kehadiran Keling. Keling melompat ke atas api tersebut dan memadamnya. Dia mengambil kayu api tersebut dan melibasnya ke arah hantu menyebabkan bulunya terbakar. Hantu tersebut menjerit kesakitan.

Hantu yang lain melepaskan manusia yang cuba dibakar, dan mereka menawarkan ‘pengarah’ berbentuk seperti gading babi hutan kepada Keling supaya melepaskan mereka.

Gambar hiasan, sumber : worthpoint.com

Keling berkata, ‘Aku tidak mahu, aku sudah mempunyainya’.

Balas hantu itu, ‘Yang kami punya lagi istimewa, kalau kau memegangnya, kunang-kunang akan patuh kepada kau.’

Keling menerima tawaran mereka. Dia menyimpan gigi tersebut juga di dalam kotak sirihnya.

Keling meneruskan lagi pencarian sepupunya. Tidak lama kemudian, dia terdengar lagi bunyi dan dia terus pergi memeriksanya. Kali ini dia menjumpai sekumpulan hantu tinggi sedang bermain baling-baling.

The 13 Most Terrifying Ghosts in Thailand
Gambar hiasan, sumber : theculturetrip.com

Mereka menyedari Keling dan ingin menjadikannya sebagai bahan balingan. Keling mengelak hantu yang cuba menangkapnya dan mengangkat hantu tersebut dan menghempasnya ke tanah sedalam 3 kaki.

Hantu yang lain terkejut melihatnya dan tidak mahu bermain lagi. Mereka juga menawarkan Keling ‘pengarah’, berbentuk seperti paku besi, sebagai tanda minta maaf.

Weddings gift Groomsmen Gift Iron nail Nail knot Forged nail knot ...
Gambar hiasan, sumber : weheartit.com

Keling berkata, ‘Aku tidak memerlukan pengarah kau, aku sudah ada 2 pengarah.’

Hantu itu membalas, ‘Pengarah ini paling istimewa, hanya beberapa orang sahaja yang mempunyainya. Ia akan menjadikan kau kuat dan kebal, dan jika kau mencederakan seseorang, kau juga boleh mengubatnya.’

Keling mengambilnya dan menyimpanya ke dalam kotak sirihnya, terus dia pergi dari situ.

Kemunculan Kumang

Keling menyambung pencarian sepupunya. Tidak lama kemudian dia telah keluar dari hutan tersebut, dan dia menjumpai sebuah rumah panjang berdekatan dengan sungai. Terdapat seorang gadis sedang mencuci baju di sungai tersebut.

Gambar hiasan, malaisie-authentique.com

Keling tidak pernah melihatnya, tapi dia dapat merasakan yang gadis tersebut ialah jodoh yang dia cari selama ini. Dia cuba mendekati gadis tersebut dan menegurnya tetapi dia tiba-tiba merasa malu, dia tidak mampu mengangkat tangannya untuk menegur dan dia terus kaku di situ.

Gadis itu menyedari ada seseorang mendekatinya. Dia terus meletakkan semua barangnya ke dalam bakul. Dia tidak mahu bercakap dengan orang yang dia tidak kenal. Dia pergi naik ke dalam rumah panjang sambil memandang ke bawah.

Keling kemudiannya memberanikan diri dan pergi ke rumah panjang tersebut. Dia bertanya,’ Boleh tak aku naik ke rumah?’.

‘Naiklah, tidak ada malang di dalam rumah ini’, balas orang dari atas rumah tersebut.

Keling naik ke rumah dengan menggunakan tangga dan masuk ke dalam rumah tersebut. Dia melihat banyak orang tua yang sedang menjaga anak-anak dan bayi kecil. Orang muda pada siang hari akan pegi kerja di ladang.

Keling pergi ke bahagian tengah rumah dan mengetuk pintu ketua rumah panjang. Ketua rumah panjang yang sudah berusia, Riman, keluar menyapanya tetapi tidak berkata banyak dan hanya melihat Keling.

Kemudian keluar seorang gadis membawa tikar untuk tetamu duduk. Gadis itu ialah gadis yang sedang mencuci baju tadi, Kumang. Riman menjemput Keling untuk duduk dan mereka berdua mula berbual.

Kumang masuk ke dalam bilik untuk menyedia dulang sirih. Dia tahu yang lelaki itu yang dia lihat tadi dan dia terpikat dengannya. Lalu dia cuba untuk memberi signal kepadanya. Dia meletakkan daun sirih ke dalam dulang dan membuat potongan kecil pada salah satu daun tersebut.

8 Manfaat Daun Sirih yang Baik untuk Kesehatan Tubuh | BukaReview
Gambar hiasan, sumber: review.bukalapak.com

Kumang membawa dulang tersebut keluar dan meletakkannya di antara Keling dan Riman. Dia duduk tidak jauh dari situ sambil membuat bakul, tetapi dia terus memerhati daun yang manakah yang akan Keling ambil.

Kemudian seekor lalat hinggap di bahu Keling. Keling mengeluarkan batu dari kotak sirihnya. Dia menyenget kepalanya sedikit untuk mendengar lalat tersebut:

‘Daun yang ada potongan kecil! Daun yang ada potongan kecil!’ kata lalat itu.

Bila Riman menjemput Keling untuk menjamu sirih, Keling terus mengambil daun yang ada potongan tersebut. Dia tidak melihat Kumang tapi dia tahu Kumang sedang memerhatikannya.

Kumang pergi ke dapur untuk menyediakan makan petang. Tidak lama kemudian Keling dijemput masuk ke bilik ketua rumah untuk makan bersama. Kumang memampang tikar untuk mereka duduk. Di situ terdapat 7 pinggan, 7 mangkuk dan 7 cawan yang cantik.

tekobhoolat Instagram posts - Gramho.com
Gambar hiasan, sumber: gramho.com

‘Adakkah kau tahu yang mana satu milikku?’ tanya Kumang kepada Keling.

Keling lagi sekali lagi menyenget kepalanya untuk mendengar semut yang berada di bahunya, ‘Yang paling kecil!’, kata semut itu.

Keling terus mengambil pinggan, mangkuk dan cawan yang paling kecil dan meletakkannya di hadapan Kumang. Kumang tersipu-sipu dan pergi mengambil lauk di dapur untuk mereka makan. Dia meletakkan lauk tersebut di depan Riman dan Keling dan dia masuk balik ke dapur. Dia terlalu malu untuk makan bersama.

Setelah selesai makan, Riman dan Keling sambung berbual di beranda rumah. Riman menyatakan yang dia kenal dengan ayah Keling masa dia muda dahulu dan sudah lama tidak berjumpa dengannya.

Keling menyatakan hasratnya kepada Riman untuk berkahwin dengan anaknya secara berkias. Riman menyatakan yang Kumang bukan anaknya tetapi dia ialah adik iparnya. Kumang yang akan menjaga makan minumnya sementara isterinya pergi menziarah rumah panjang orang tuanya.

Keling ingin berjumpa dengan Kumang, tetapi Riman menyatakan yang hari sudah lewat malam dan esok saja mereka berjumpa. Riman membawa Keling ke tempat khas di mana tetamu tidur kerana tetamu tidak boleh tidur di dalam bilik keluarga.

Rumah panjang tersebut sudah gelap dan sunyi kerana lampu sudah ditutup dan semua keluarga sudah masuk ke dalam bilik masing-masing. Akan tetapi Keling tidak dapat tidur kerana ingin berjumpa dengan Kumang tetapi tidak tahu dia di mana.

Kemudian di melihat ada kunang-kunang di beranda rumah dan dia terus mengeluarkan gading babi hutan dari kotak sirihnya dan mengarahkan kunang-kunang tersebut untuk menunjukkannya di mana tempat tidur Kumang.

Kunang-kunang menunjukkan jalan kepada Keling, Keling mengikut jalan tersebut sehingga sampai di satu tangga untuk naik ke bahagian atas rumah. Kunang-kunang terbang ke atas dan Keling mengikutnya dengan memanjat tangga tersebut dengan perlahan.

Kumang juga masih berjaga. Dia juga tidak dapat tidur kerana memikirkan Keling. Kemudian dia melihat ada cahaya kecil berterbangan di udara dan bunyi tapak kaki halus.

Dia terus membuka sedikit kelabunya untuk melihat siapa yang datang. Dia nampak kelibat badan dekat dengan katilnya.

KELAMBU LEGEND GANTUNG, Home & Furniture, Others on Carousell
Gambar hiasan, sumber: kelambumodenmurah.blogspot.com

‘Kumang? Kau masih bangun Kumang?’ bisik Keling.

Kumang tahu itu suara Keling dan dia tutup balik kelambunya. ‘Ya aku masih bangun. Kenapa kau kemari?’, balas Kumang.

Keling lalu duduk dan berbual dengan Kumang. Keling menyatakan yang dia jatuh cinta kepadanya dan ingin mengahwininya. Mereka sambung berborak sehingga pagi tanpa mereka sedari.

Kemudian, abang Kumang, Aji sampai ke rumah balik dari memburu. Bila dia masuk ke dalam bilik, dia terkejut melihat lelaki yang tidak dikenalinya duduk sebelah tempat adiknya tidur.

Aji marah dan terus mengajak Keling turun untuk berlawan dengannya. Lalu Keling terjun ke bawah tanpa menggunakan tangga.

Mereka mula berlawan dan memegang pinggang satu sama lain. Aji kemudian berasa kesal kerana mencabar Keling untuk berlawan kerana dia tidak dapat melepaskan diri dari Keling mahupun menggerakkannya.

Kemudian Keling mengangkat Aji dan mencampakkannya ke luar rumah lalu masuk ke dalam sungai. Aji naik balik ke rumah dalam keadaan basah dan marah sambung berlawan dengan Keling lalu Keling melawan balik dengan membaling Aji ke tanah.

‘Aduh, aduh, belakangku sakit’, jerit Aji sambil meronta-ronta kesakitan.

Semua orang dalam rumah terjaga dengan bunyi mereka berdua berlawan dan keluar melihat apa yang sudah terjadi.

Kumang menangis melihat keadaan abangnya,’ Lihat apa yang kau buat kepada abangku!’ kata Kumang kepada Keling.

Keling membalas, ‘Jangan risau, kalau aku boleh mencederakannya, aku juga boleh mengubatnya.’ Lalu dia mengeluarkan paku dari kota sirihnya dan diletakkannya di belakang Aji.

‘Wah, sakit ku sudah hilang’ kata Aji sambil bangun,’Tapi kau masih tidak menyatakan pada aku siapa kau? Dan kenapa kau duduk dekat dengan tempat tidur adikku?’, katanya lagi.

‘Kau tidak perlu berlawan denganku, aku kemari bukan untuk mendatangkan masalah. Aku ingin berkahwin dengan adik kau, sebab itu aku duduk berbual dengannya’, balas Keling.

Riman yang sedang melihat mereka dari awal berkata kepada Aji,’ Jangan risau nak, dia datang dari rumah panjang Panggau Libau dan dia anak kepada sahabat lamaku Gemuring. Dia amat sesuai menjadi suami adikmu dan adik ipar kau.’

Semua orang di rumah panjang itu gembira yang Keling akan berkahwin dengan gadis dari rumah mereka. Mereka teruja melakukan persiapan majlis perkahwinan Keling dan Kumang.

Pada hari perkawhinan, Pungga dan Bunga Nuing baru keluar dari hutan. Mereka telah hilang selama 13 hari. Mereka telah melihat banyak benda pelik dan pengalaman menggembara.

‘Aku sangat lapar, nasib baik ada kenduri kahwin ni’, kata Pungga kegembiraan.

Seteleh selesai berkahwin Keling dan Kumang hidup dengan bahagia selamanya.

ronney.bukong
Gambar hiasan, sumber: #NATgraphics

Sumber utama: ‘Sarawak Folktales’, Heidi Munan, 2017

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here