Ramai yang beranggapan bertatu itu melambangkan gangster, tapi bagi masyarakat Iban, ianya mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Bertatu memang sudah tidak asing bagi masyarakat Iban sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. Ia merupakan simbol keberanian dan pahlawan.

Terdapat banyak jenis corak tatu yang digunakan oleh masyarakat Iban dan ini adalah 5 daripadanya yang sering digunakan:

1. Bungai Terung

Sumber : my.asiatatler.com

Tatu yang bercorak seperti bunga terung ini terletak di kedua-dua belah bahu. Corak ini hanya digunakan oleh orang lelaki sahaja sebagai simbol yang mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah keluarga.

Corak ini juga dikatakan mempunyai semangat spiritual kepada penggunanya iaitu memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu seperti contoh memikul bebanan sebagai anak lelaki kepada keluarganya.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Hikayat Legenda Sarawak: Bagaimana Dalat Mendapat Nama

2. Tatu Ara Nyangkam

Sumber : Albert Bajai Pinterest

Corak tatu ini selalunya terletak di belakang leher. Ia bertujuan sebagai perlindung daripada serangan musuh dari belakang.

Selain belakang leher, corak ini juga digunakan di lengan bawah tangan dan betis.

3. Tatu Kala Bejagang

borneoheadhunterstattoo Instagram post (carousel) "Kala bejagang ...
Sumber : gramho.com

Corak tatu ini berbentuk seperti kala jengking. Digunakan oleh pahlawan Iban dahulu sebagai tanda bersedia untuk bertarung bila-bila masa tanpa mundur.

4. Ketam Lengan

▷ @baxxjordan - Baxx Jordan Tattoos - Did the Ketam Lengan. Bunga ...
Sumber : Baxx Jordan Tattoos

Corak tatu ini pula bercorak seperti lengan ketam. Ia dipercayai kulit ketam yang keras dijadikan sebagai perisai untuk melindungi pemakainya.

5. Pala Tumpa

List palatumpa Photos and Videos
Sumber : bigsta.net

Tatu yang bercorak seperti gelang tangan. Ianya digunakan oleh perempuan sebagai penanda atau identiti seseorang yang pandai dan rajin dalam kerja tangan, seperti menenun dan sebagainya.

Tatu ini selalu digunakan pada lengan bawah tangan.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here