Farah Nur Syifa Abdullah atau lebih dikenali sebagai Fafa Panda, merupakan salah seorang daripada kaum wanita yang memilih untuk bekerja sebagai rider Foodpanda.

Agak sukar untuk jumpa perempuan yang jadi rider Foodpanda, satu kerja yang kebanyakannya disandang oleh lelaki. Namun hal ini tidak menghalang Fafa, gadis kelahiran Ipoh, Perak ini untuk menjadi rider Foodpanda sebagai sumber pendapatan.

Foodpanda Perempuan, Fafa Panda
Sumber: Fafa Panda (Twitter)

Harian Metro melaporkan, Pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini sudah bekerja dengan Foodpanda sejak awal tahun sebagai kerja sambilan.

Akan tetapi dia membuat keputusan untuk melakukannya sepenuh masa kerana kesukaran untuk mendapat kerja pada waktu ini.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Ahirine Ahirudin Gadis Wajah Polos, Gemar Sukan Motor Lasak

Menurutnya, ramai pelanggan terkejut dan janggal ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaannya penghantar makanan ialah lelaki.

Tambah gadis ini lagi, “Walaupun saya perempuan, layanan dan cara kerja tetap sama seperti penghantar makanan Foodpanda yang lain. Saya perlu menghantar makanan kepada pelanggan dengan cepat, tidak kira cuaca panas terik atau hujan.

“Saya pernah dimarahi pelanggan kerana lambat menghantar makanan kerana waktu itu pesanan terlalu banyak.”

Dia juga menolong ibunya menjual laksa Mee Pangkor di sekitar Ipoh setiap hari.

Ramai yang risau akan keselamatannya sebagai rider, menurutnya sepanjang bekerja, belum ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurutnya juga, pendapatan menerusi kerjaya itu agak lumayan berikutan permintaan tinggi sepanjang PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, pada zaman ini, remaja tidak boleh memilih pekerjaan dan sebagai kaum wanita perlu berani meneroka pelbagai bidang.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here