Sempena Hari Gawai, anak Sarawak Lofrine Layam begitu kreatif mencipta pakaian tradisi etnik Dayak di Sarawak melalui permainan video simulasi kehidupan Animal Crossing: New Horizons.

permainan video animal crossing daripada nintendo switch
Sumber: Laman Web Nintendo

Ketika seluruh dunia tengah berhadapan dengan pandemik Covid-19, pada 20 Mac Nintendo Switch telah melancarkan Animal Crossing: New Horizons, sebuah permainan simulasi kehidupan di mana pemain boleh mencipta sendiri bagaimana kehidupan mereka dalam video game itu serta berinteraksi dengan pemain lain.

Bersempena dengan perayaan Hari Gawai Dayak pada 1 Jun lalu, pengguna Facebook Lofrine Jalin atau nama sebenarnya Lofrine Layam telah memuat naik beberapa gambar pakaian tradisi etnik Dayak di Sarawak yang direkanya untuk Animal Crossing di Facebook peribadi milik beliau.

Sambil berkongsi gambar rekaan pakaian etnik Dayak di Sarawak, Lofrine memberi ucapan “Slamat ari gawai gayu guru gerai nyamai” di laman Facebook peribadinya.

Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Legenda Sape Mathew Ngau Jau Hasilkan Lukisan Atas Kanvas Kulit Kayu

Antara pakaian tradisi yang direka oleh Lofrine ialah:

1. Iban

reka bentuk baju burung pakaian tradisi kaum lelaki masyarakat iban di Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Baju burung merupakan pakaian tradisi lelaki bagi suku kaum Iban ia dilengkapi dengan beberapa aksesori lain.

reka bentuk baju ngepan indu tradisi kaum lelaki masyarakat iban di Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Manakala bagi pakaian tradisi wanita bagi suku kaum iban pula Lofrine telah mereka Ngepan indu yang dilengkapi dengan perhiasan yang terdiri daripada perak, tembaga, manik dan kain.

2. Bidayuh

reka bentuk baju tradisional kaum lelaki masyarakat Bidayuh Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Bagi pakaian tradisi etnik kaum Bidayuh Lelaki Lofrine telah mereka vest bewarna hitam dan dihiasi beberapa baris yang bewarna merah, putih dan kuning.

reka bentuk baju tradisional wanita masyarakat Bidayuh Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Pakaian tradisi wanita bagi kaum ini Lofrine mereka berasaskan warna yang sama iaitu merangkumi warna hitam, kuning, merah dan putih. Namun reka bentuknya agak sedikit berbeza dan ia juga turut dihiasi dengan syiling perak.

3. Melanau

reka bentuk baju tradisional kaum lelaki masyarakat Melanau di Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Bagi pakaian tradisi lelaki kaum melanau Lofrine telah mereka baju hitam lengan panjang dan dihiasi samping.

reka bentuk baju tradisional kaum Wanita masyarakat Melanau di Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Pakaian tradisi wanita kaum melanau pula mengenakan baju kurung pendek bewarna hitam dan dipandankan dengan kain songket yang bewarna keemasan.

4. Orang Ulu

reka bentuk baju tradisional wanita masyarakat Orang Ulu di Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Terdapat dua jenis pakaian tradisi yang telah direka oleh Lofrine, versi pertama bewarna hitam manakala versi kedua pula bewarna merah.

reka bentuk baju tradisional wanita masyarakat Orang Ulu di Sarawak
Sumber: Facebook Lofrine Jalin

Selain itu, terdapat juga pengguna Facebook yang lain iaitu Yugana Senshi Uon turut berkongsi gambar pakaian tradisi etnik lain di Sarawak secara peribadi kepada SukaSukaMY antaranya ialah etnik Kedayan dan etnik Jatti Miriek.

reka bentuk baju tradisional wanita masyarakat kaum kedayan di Sarawak
sumber: Facebook Yugana Senshi Uon
reka bentuk baju tradisional wanita masyarakat etnik Jatti MIriek di Sarawak
sumber: Facebook Yugana Senshi Uon

Comel, kan? Tak sangka rakyat Sarawak begitu kreatif dan mampu menerapkan nilai dan kebudayaan Sarawak dalam apa jua keadaan.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here