Rakyat Malaysia sungguh bertuah mempunyai raja yang berjiwa rakyat. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah serta Raja Permaisuri Agong sering kali dilihat berkenan mencemar duli demi bergaul dengan rakyat jelata.

sumber: [email protected]

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16.

Paduka Baginda sentiasa ditemani Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dapat dilihat dengan jelas bila mana setiap kali mendengar rakyat ditimpa bencana, Baginda dan Raja Permaisuri Agong akan segera mencemar duli untuk bertanya khabar, memberi kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan peribadi.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Bahaya Pakai Topeng Muka Terlalu Lama! Ketahui 5 Kesannya

Antara bukti yang menunjukkan Baginda dan Raja Permaisuri Agong sebagai “Raja yang berjiwa rakyat” ialah:

1.KDYMM Agong belanja petugas media makanan segera KFC dan McDonald’s

Ketika negara berhadapan dengan kemelut yang melanda politik negara petugas-petugas media dilihat begitu gigih untuk merungkai berita mengenai drama politik semasa yang tengah hangat bergejolak.

Sehinggakan ramai petugas media sanggup berpanasan berkampung di hadapan Istana Negara. Namun begitu, di sebalik ketegangan di arena politik, KDYMM Baginda Agong telah menyumbang makanan segera iaitu KFC dan McDonald’s kepada petugas media.

Justeru ramai yang memuji tindakan Seri Paduka Baginda dan bersyukur mempunyai raja yang berjiwa rakyat.

2. Raja Permaisuri Agong menyajikan masakan hasil air tangan baginda kepada frontliner.

Semasa negara dilanda wabak Covid-19, Raja Permaisuri Agong berkenan menyajikan nasi berlauk hasil air tangan Baginda kepada petugas di Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.

3. KDYMM Agong mencemar duli bantu mangsa kemalangan

Keperibadian menawan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan.

Menurut laman instagram rasmi istana_negara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kemalangan kedua berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya.

Malahan ini bukan pertama kali Baginda Yang di-Pertuan Agong melakukan tindakan sedemikian. Sebelum ini Baginda juga pernah melakukan perkara tersebut iaitu ketika dalam perjalanan ke program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja.

KDYMM Seri Paduka Baginda menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat.

4. KDYMM Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berkenan berbuka puasa di padang bersama-sama dengan penduduk Pahang.

Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong berkenan meluangkan masa untuk berangkat ke bazar ramadan dan berbuka puasa bersama-sama dengan penduduk Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 MPK 1, Pahang.

Baginda turut ditemani anakanda Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser dan isteri, Yang Mulia Puteri Suraiya Afzan serta cucunda Baginda.

View this post on Instagram

15 Mei 2019 – Raja kesayangan rakyat. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan meluangkan masa berangkat ke bazar ramadan dan berbuka puasa di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 MPK 1, Pahang. Turut menemani Baginda Tuanku Berdua adalah anakanda YAM Tengku Amir Nasser dan Isteri, YM Puteri Suraiya Afzan serta cucunda Baginda. His Majesty The Yang di-Pertuan Agong and Her Majesty The Raja Permaisuri Agong spend some family time during the breaking of fast at the Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1. His and Her Majesty also visited the Ramadan Bazaar and was accompanied by his son, YAM Tengku Amir Nasser @abu4dam his wife YM Puteri Suraiya Afzan @suraiya.moiz and the eldest grandchild of Their Majesty. #ourking #ourqueen #ydpa #ramadan #breakingfast #bukapuasa #familytime #kuantan #pahang

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

5. KDYMM Seri Paduka Baginda memberi sokongan kepada frontliner dengan menyalakan lampu biru.

Bersempena dengan Program Limpahan Biru pada 1 Mei yang lalu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta keluarga berkenan turut bersama menyertai Program Limpahan Lampu Biru (Light It Blue) di Istana Negara.

Program tersebut dilaksanakan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang berjuang mengekang wabak Covid-19 di negara ini.

6. Raja Permaisuri Agong luangkan masa bersama banduan Penjara Penor, Pahang.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah memang diketahui umum sering memperjuangkan seni kain Tenun Pahang Diraja yang berusia lebih 300 tahun. Baginda turut mengasaskan latihan dalam penjara untuk banduan mengeluarkan produk bawah label Tenun Pahang Diraja.

Baginda Tunku Azizah berkenan beramah mesra bersama banduan yang sedang memproses tenunan kain ketika melawat Bengkel Tenun Pahang DiRaja Penjara Penor, Pahang.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah meluangkan masa bersama banduan di penjara Penor
sumber: Utusan Borneo

Atas kemuliaan hati Baginda Raja Permaisuri Tunku Azizah menerima sepucuk surat penghargaan daripada banduan yang mengikuti Bengkel Tenun Pahang Diraja, Penjara Bentong, Pahang.

7. KDYMM membuat tinjauan sendiri sempena Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama.

Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama anakanda memandu sendiri meninjau keadaan persekitaran Kuala Lumpur sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac yang lalu.

Baginda Yang di-Pertuan Agong meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia membuat sekatan jalan raya (road block) sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

20 Mac 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia membuat sekatan jalan Raya (roadblock) sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pasukan petugas yang bertugas membendung wabak COVID-19 . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong visits several road blocks  set up by the Royal Malaysian Police in Kuala Lumpur to ensure compliance of the Movement Control Order. His Majesty expressed his appreciation and thanked all those who are working tirelessly and selflessly to combat the spread of the COVID-19 virus.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Wow, terharunya sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersyukur mempunyai raja yang berjiwa rakyat sebegini.

Kami dari SukaSuka ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Daulat Tuanku!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here