Kacang Ma ialah sejenis herba yang sangat popular di Sarawak dan banyak digunakan sebagai ubat-ubatan herba dan makanan kesihatan.

Kacang Ma ataupun nama saintifiknya Leonurus sibiricus juga dikenali sebagai rumput untuk ibu atau Chinese motherwort.

Kacang Ma mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antara kegunaan kacang ma ialah seperti berikut:

1. Kacang Ma digunakan sebagai ramuan masakan untuk ibu yang lepas bersalin dan berpantang di Sarawak

Kacang Ma ialah menu wajib dan juga telah menjadi satu tradisi untuk wanita selepas bersalin dan berpantang untuk mengamalkan memakan masakan tersebut. Ia dikatakan dapat membantu memanaskan badan dan juga membantu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin. Antara masakan yang popular ialah ayam masak kacang ma.

Masakan ayam kacang ma popular di sarawak
Sumber: Sarawak Ethnic Cuisine

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Masak Lemang Guna Tin Aluminium Tidak Selamat? Ini Risiko Yang Perlu Anda Tahu!

2. Melancarkan kitaran haid serta peredaran darah

Bagi golongan wanita, kadangkala akan mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur dan ianya tidak normal. Oleh sebab itu, pengambilan herba kacang ma dapat membantu melancarkan kitaran haid serta peredaran darah. Hal ini kerana pengambilan kacang ma dapat membantu meningkatkan aliran darah ke bahagian pelvis. Selain itu, ia dapat membantu meringankan kesakitan ketika datang haid dengan mengurangkan kekejangan di bahagian rahim wanita.

Kacang ma boleh memperbaiki pusingan haid yang tidak teratur
Sumber: siraplimau.com

3. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Herba kacang ma berpotensi untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pengambilan herba kacang ma amatlah sesuai untuk golongan yang mempunyai penyakit darah tinggi. Menurut laman web The Herbal Resource, herba kacang ma dianggap lebih berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi berbanding sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai “valerian”. Hal ini kerana herba kacang ma mempunyai kandungan vitamin A dan vitamin C yang tinggi.

Kacang ma boleh mengurangkan tekanan darah tinggi
Sumber: Laman Web petuaibu.com

Wow, banyak juga khasiat kacang ma rupanya! Jadi lepas ini, bolehlah cuba masakan kacang ma di rumah.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here