Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemberian sebanyak RM50 kredit e-wallet kepada rakyat Malaysia yang memuat turun Aplikasi MySejahtera.

Aplikasi MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Pada masa yang sama melalui aplikasi ini ia dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal dan mengambil tindakan cepat serta berkesan menangani wabak Covid-19.

dr noor hisham promosi aplikasi MySejahtera
Sumber: Laman Web Rasmi My Sejahtera

Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi MySejahtera dalam kalangan masyarakat, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian e-Penjana iaitu kredit e-wallet sebanyak RM50 melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang akan bermula pada bulan Julai dan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Oleh itu, Admin ingin kongsikan pada anda beberapa langkah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera pada peranti mudah alih anda:

1. Muat turun Aplikasi MySejahtera

Anda perlu memuat turun aplikasi MySejahtera pada peranti mudah alih anda di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Google Playstore, Apple Appstore atau di Huawei AppGalery.

muat turun aplikasi my sejahtera di google play store, apple appstore, huawei apps gallery dan Gamma
Sumber: Laman Web Rasmi My Sejahtera

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Rugi Jadi Orang Sarawak Kalau Tak Download Aplikasi iSarawakCare

2. Klik ‘Daftar Di Sini’ / ‘Register Here’

Bagi pengguna baharu, anda perlu daftar aplikasi ini dengan mengklik ‘Daftar Di Sini’ / ‘Register Here’.

pendaftaran my sejahtera
Sumber: Aplikasi MySejahtera

3. Pendaftaran boleh dibuat melalui nombor telefon atau alamat e-mel

Sekiranya anda membuat pendaftaran melalui nombor telefon, anda akan menerima notifikasi SMS yang mempunyai kod OTP. Seterusnya anda perlu memasukkan kod OTP di ruangan yang disediakan.

Manakala jika anda membuat pendaftaran melalui e-mel, anda akan menerima e-mel daripada MySejahtera. Seterusnya anda perlu klik pada pautan untuk pengesahan.

sumber: email peribadi

3. Masukkan butiran peribadi di ruangan yang disediakan

Isikan maklumat butiran peribadi yang diminta, setelah selesai masukkan maklumat peribadi klik butang ‘Next’.

 

pendaftaran MySejahtera dengan memasukkan maklumat peribadi diri pengguna
Sumber: Aplikasi MySejahtera
pendaftaran MySejahtera dengan memasukkan maklumat peribadi diri pengguna
Sumber: Aplikasi MySejahtera

 

4. Tetapkan kata laluan

Tetapkan kata laluan sekurang-kurangnya 6 aksara dan tidak melebihi 25 aksara.

pengesahan kata laluan mysejahtera
Sumber: Aplikasi MySejahtera

Seterusnya taipkan kata laluan anda sekali lagi di ruangan ‘Confirm password’ dan klik butang ‘Confirm’. Jika pendaftaran anda berjaya anda akan melihat halaman ‘Success’.

pendaftaran berjaya my sejahtera
Sumber: Aplikasi My Sejahtera

Berikut ialah cara menebus e-Wallet RM50 di aplikasi MySejahtera. Mudah saja, kan?

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here