Memilih durian yang terbaik memerlukan teknik-teknik tertentu agar tak tertipu oleh penjual.

Buah durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkannya disebut sebagai Raja Buah di Malaysia. Disebabkan rasanya yang lazat ia menjadi kegilaan ramai.

Raja buah boleh dikenal pasti hanya dengan keunikan baunya yang tersendiri iaitu apabila tibanya musim durian. Aromanya sahaja mampu memenuhi setiap ruangan tempat jualan. Rasanya yang lemak manis dan isinya yang gebu membuatkan raja buah ini menjadi buruan orang ramai apabila tiba musimnya.

buah durian yang mempunyai isi yang kekuningan
Sumber: Laman Web New Leaf

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Suka Makan Kacang Ma? Ini 3 Kebaikan Yang Perlu Anda Ketahui

Untuk memilih raja buah yang terbaik ia memerlukan teknik-teknik tertentu, berikut admin akan kongsikan 7 teknik yang perlu anda tahu untuk memilih durian yang terbaik, antaranya ialah:

1. Lihat Tangkai

Durian yang jatuh dari pokok mempunyai tangkai yang bergerigi. Jika tidak, mungkin ia telah dipetik dan diperam sehingga masak. Biasanya durian yang jatuh sendiri dari pokok lebih sedap kerana ia sudah masak berbanding yang diperam dahulu.

Isi yang tebal memang pilihan ramai. Untuk tahu isi durian tersebut tebal atau tidak anda hanya perlu mencungkil tangkainya dengan kuku. Jika tebal maka isi dalamnya juga tebal.

untuk memilih buah durian yang elok perlu lihat tangkai durian
Sumber: Laman Web Jabatan Pertanian Malaysia

2. Perhatikan Duri Durian

Durian yang mempunyai duri yang jarang dan besar-besar mempunyai isi yang padat berbanding dengan durian yang mempunyai duri yang kecil dan berjarak dekat. Hal ini kerana durian yang mempunyai duri sebegitu mempunyai isi yang lembik dan kurang padat.

duri buah durian menunjukkan isinya telah matang
sumber: Laman Web Jabatan Pertanian Malaysia

3. Pilih Yang Ringan

Biasanya kalau beli apa-apa sahaja pasti kita akan pilih yang berat dan banyak, kan? Mungkin kita rasa ia lebih berbaloi.

Namun berbeza dengan durian kita seharusnya pilih durian yang ringan. Hal ini kerana biasanya durian yang berat masih mentah, isinya sudah berair ataupun sudah busuk. Jadi nanti anda jangan tertukar pulak ye.

durian yang matang lebih ringan
sumber: Laman Web ez takaful

4. Perhatikan Bahagian Kulit

Semasa memilih durian anda dipesan agar tidak memilih buah yang mempunyai kulit yang retak ataupun yang sudah pecah.

Hal ini kerana kulit buah yang sudah pecah kebanyakannya tidak elok dan berasa masam. Namun jika anda ingin membeli untuk dibuat sebagai tempoyak, durian jenis ini yang amat sesuai.

kulit buah durian
Sumber: semuanyatips.com

5. Ketuk-ketuk Buah

Untuk mengetahui sama ada raja buah sudah matang atau tidak anda perlu mengetuknya. Namun anda perlu berhati-hati dengan duri ketika mengetuknya.

Buah yang telah masak apabila diketuk bunyinya seakan kosong atau bergema di dalamnya seperti “bluk-bluk”. Berbanding dengan buah yang belum matang bila diketuk ia akan menghasilkan bunyi “plek-plek”.

6. Goncang Buah

Anda perlu mengangkat dan menggoncang sedikit buah tersebut, jika anda terdengar seperti isinya bergetar maka ia bermaksud buah tersebut telah masak dan manis.

Hal ini kerana raja buah yang matang, isinya yang kering akan terpisah dengan kulit apabila digoncang.

dengar bunyi getaran buah durian
Sumber: laman web Yunfilla.com

7. Pilih Yang Ada 5 Pangsa

Pangsa ialah seakan garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah durian.

Dikatakan raja buah yang ideal dan elok mempunyai 5 pangsa dan isinya lebih banyak berbanding yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.

durian mempunyai lima pangsa mengandungi isi yang tebal
Sumber: Blogspot alam cyber 2020

Tak sangka pulak banyak jugak teknik yang boleh kita ikuti semasa memilih buah ni. So lepas ni senang la nak tahu yang mana satu raja buah yang terbaik, tak ada la kena tipu lagi oleh penjual.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here