Marco, anak burung enggang yang baru dilahirkan pada April lalu di Piasau Nature Reserve, Miri, Sarawak, ialah hasil kejayaan kitaran pembiakan spesies haiwan terpelihara.

Marco merupakan kejayaan buat kali ketujuh bagi kitaran pembiakan spesies burung Enggang yang berasal dari spesies Oriental-pied hornbill.

Ia merupakan hasil pembiakan Jimmy dan Juliet, pasangan burung dari spesies sama yang dikenali dengan gelaran Lovebirds of Piasau Nature Reserve. 

Marco, anak burung Enggang
Sumber : Sarawak Forestry

Nama Marco dipilih antara 5 nama yang tersenarai selain Louis, Green, Quarantino dan Covid.

Proses pemilihan nama tersebut adalah melalui undian oleh orang awam. Majoriti memilih Marco sebagai nama kepada anak burung enggang tersebut.

Jimmy dan Juliet, Lovebirds of Piasau Nature Reserve. 
Sumber : Sarawak Forestry

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Google 3D Animal: Selami Dunia Haiwan Secara Virtual

Terdapat program Hornbill Adoption yang diadakan oleh Sarawak Forestry untuk orang awam yang ingin menyumbangkan dana dalam membantu pengurusan burung Oriental-pied hornbill. Untuk maklumat lebih lanjut >> Hornbill Adoption Program

Sarawak Forestry Corporation ditubuhkan untuk melindung dan memelihara flora dan fauna di Sarawak.

Berikut merupakan senarai haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terlindung sepenuhnya di Sarawak:

Haiwan Terlindung Sepenuhnya

Tumbuh-Tumbuhan Terlindung Sepenuhnya

Haiwan Terlindung

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti haram seperti memburu, menangkap, membunuh, berniaga, menyimpan sebagai haiwan peliharaan, mengimport atau mengeksport spesies yang dilindungi sepenuhnya, sila laporkan melalui talian hotline Sarawak Forestry:

  • Kuching (019-8859996, 013-8110150),
  • Sibu (019- 8883561),
  • Bintulu (019-8223449, 019-8332737),
  • Miri (019-8224566, 019-8290994).

Layari laman Facebook Sarawak Forestry untuk maklumat lebih lanjut.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here