Sony mendedahkan rupa bentuk PlayStation 5 yang smart dan game baru seperti Spider-Man, Horizon Zero Dawn dan banyak lagi.

Sony telah mendedahkan beberapa butiran penting mengenai PS5. Dalam acara pelancarannya secara livestream pada 11 Jun, Sony menunjukkan rupa bentuk konsol PS5 bersama koleksi game baru yang akan datang.

Walaupun harga dan tarikh rasmi sebenar keluaran Playstation 5 masih belum diberitahu lagi, yang pasti ianya akan berada di pasaran pada musim Krismas 2020.

Tontoni trailer Playstation 5 semasa pelancarannya pada 11 Jun:

Berikut merupakan spec Playstation 5:

PS5 Spec
Sumber : eurogamer.net

Sony juga memperkenalkan PS5 Digital Edition di mana versi ini discless, di mana ia tidak memerlukan CD dan hanya perlu memuat turun game yang ingin dimainkan secara online. Kemungkinan versi ini akan lebih murah.

PS5 Digital Edition
Sumber : polygon.com

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Sony Nafi PS5 Akan Dilancarkan Pada Oktober 2020

Bagi yang sudah mempunyai PS4 dan sudah membeli banyak game, jangan risau kerana PS5 mempunyai backward compatibility iaitu hampir semua Top 100 game PS4 dapat dimainkan menggunakan PS5.

PS4 Games
Sumber : Playstation

Dualshock 4 juga boleh digunakan di PS5

Akan tetapi ia tidak akan dapat menggunakan feature baru yang khas untuk Dualshock 5.

How to use the PS4 DualShock 4 controller on a PC | TechRadar
Sumber : TechRadar

Antara game PS5 yang baru

1. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales

2. Horizon Zero Dawn 2: Forbidden West

3. Gran Turismo 7 Playstation 5

4. Godfall

5. Upgraded Grand Theft Auto V

6. Resident Evil 8

dan banyak lagi game yang baru yang akan berada di pasaran !

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here