Cuaca yang panas terik di Malaysia mungkin akan mengundang hujan yang lebat beserta kilat. Petir yang sabung menyabung sangat berbahaya sehingga mampu membunuh.

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu cuaca lembap sepanjang tahun dengan purata suhu harian antara 21°C sehingga 32°C. Menurut David Romps yang merupakan pengkaji cuaca di Universiti California, peningkatan suhu hanya beberapa darjah Celsius mampu menyebabkan peningkatan pembentukan kilat sebanyak 50%.

Akibat keadaan cuaca yang tak menentu baru-baru ini terdapat dua insiden kematian berpunca daripada panahan petir iaitu seorang guru di Sarawak dan sebanyak 23 ekor lembu di Kota Tinggi, Johor.

kilat di lebuh raya
Credit: Christopher_Bowell

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tebus E-Wallet RM50 Dengan Muat Turun Aplikasi MySejahtera, Ketahui Caranya Di Sini

Justeru itu, bagi mengelakkan keadaan ini terjadi lagi berikut ialah 7 langkah keselamatan untuk dikongsikan pada anda ketika berhadapan cuaca yang tak menentu, antaranya ialah:

1. Hentikan Sebarang Aktiviti

Sejurus sahaja anda melihat petir ataupun awan gelap muncul di kawasan sekitar, anda seharusnya hentikan sebarang aktiviti luar dan cari tempat perlindungan dengan segera.

Anda kena ingat petir boleh memanah meskipun awan gelap berada 15 kilometer jauh daripada kawasan anda dan ia juga tak semestinya diiringi dengan hujan.

2. Lari Ke Tempat Perlindungan

Apabila berlakunya petir di kawasan berhampiran anda perlu cepat dan lari ke tempat perlindungan. Hal ini kerana anda berada dalam keadaan yang berbahaya dan berkemungkinan anda akan dipanah petir.

tempat berlindung yang sesuai semasa berlakunya ribut petir
Sumber: vanillakismis.my

3. Amalkan Peraturan 30/30

Peraturan 30/30 ialah cara mudah untuk menentukan ancaman kilat atau petir di kawasan anda, berikut ialah peraturan 30/30 yang boleh anda amalkan ketika melihat petir:

a) 30 Saat

Setelah melihat kilat, anda perlu mengira detik masa sehingga kedengaran dentuman guruh. Jika detik masa kurang dari 30 saat itu menunjukkan anda berada di zon bahaya. Maka, anda perlu cepat mencari tempat berteduh yang selamat.

b) 30 Minit

Selepas mendengar bunyi guruh terakhir, anda perlu tunggu 30 minit sebelum meninggalkan tempat perlindungan. Meskipun ribut sudah berakhir anda masih perlu berhati-hati kerana ia masih berbahaya. Anda perlu kekal di tempat yang selamat sehingga anda yakin ancaman petir telah berlalu.

peraturan 30/30 iaitu teknik digunakan semasa berlakunya kilat petir di sekitar anda
Sumber: Public Health Malaysia (Facebook)

4. Lakukan Kedudukan Petahanan Petir

Semasa berada dalam situasi kecemasan anda perlu melakukan kedudukan petahanan petir iaitu dengan duduk secara mencangkung dan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan kedua-dua belah tangan seperti dalam gambar rajah di bawah.

kaedah pertahanan diri untuk melindungi diri daripada di panah petir
Sumber: The Art of Manliness

Selain itu, jika anda berada dalam kumpulan semasa ribut petir anda seharusnya menjarakkan diri anda dengan individu yang lain sekurang-kurangnya 50 hingga 100 kaki. Ia bertujuan bagi mengurangkan risiko panahan petir mengenai ahli kumpulan yang lain.

semasa petir berlaku jarakkan diri anda 50 - 100 kaki dengan individu lain
Sumber: Laman web Islam itu indah

5. Jangan Sentuh Barangan Yang Berunsur Metalik

Elakkan daripada menyentuh objek metalik seperti payung, pagar besi dan lain-lain ketika berlakunya kilat. Sekiranya anda sedang mengenakan beg atau barang-barang yang mempunyai unsur besi segeralah membukanya. Ia bertujuan bagi mengelakkan anda daripada dipanah petir.

jangan menggunakan payung semasa petir berlaku
kredit: Chalabala

6. Basahkan Pakaian

Jika berlakunya hujan, adalah lebih baik jika anda basahkan pakaian anda kerana pakaian basah dapat membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir.

lelaki dengan pakaian hujan yang basah
kredit: Chalabala

7. Jangan Berlindung Di Bawah Pokok

Ramai yang menyangka berlindung di bawah pokok besar merupakan lokasi yang selamat. Namun ia merupakan tindakan yang salah kerana pokok merupakan antara lokasi yang berisiko tinggi terkena panahan petir.

Selain itu, khemah, bangsal kecil atau gerai makanan tepi jalan juga antara lokasi yang berisiko tinggi ketika ribut petir berlaku.

petir sambar pokok semasa ribut petir berlaku
kredit: orceoro

So lepas ni marilah sama-sama kita amalkan langkah keselamatan ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Apa-apa pun sentiasalah menjaga keselamatan diri anda dan elakkan keluar rumah ketika berlakunya ribut petir.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here