Dr Franz Luitpold Kessler merupakan penyelidik yang berusaha untuk melihat sendiri gunung berapi lumpur yang terdapat di Sungai Karap, Baram di Miri, Sarawak.

Gunung berapi lumpur atau Baram Mud Volcano dan lebih dikenali sebagai Lubang Garam oleh penduduk tempatan. Lokasi menarik ini terletak dalam kawasan Sungai Karap, Bakong di Daerah Beluru.

Suatu ketika dahulu kawasan ini diceritakan pernah dijadikan sebagai penempatan. Baram Mud Volcano mempunyai keluasan tapak lebih kurang 2 hektar iaitu kira-kira seluas 6-7 ekar yakni anggaran sebesar 6-7 kali ganda padang bola sepak.

Penyelidik yang berasal dari Jerman Dr Franz Luitpold Kessler merupakan ahli Geosains yang berpengalaman dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Geologi Gunaan di Curtin University Malaysia, Miri.

Dr Franz Luitpold Kessler
sumber: Fsi.com

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Kelahiran Marco Bukti Kejayaan Pembiakan Spesies Enggang Di Sarawak

Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai latar belakang geologi Miri dan Northwest Borneo. Justeru setelah mendapat maklumat tentang Baram Mud Volcano di buku harian penjelajah tahun 1938 Sarawak Oilfields Ltd, beliau tertarik untuk melihat sendiri gunung berapi lumpur yang terdapat di Sungai Karap.

Dr Kessler telah berkongsi pengalaman pengembaraan beliau semasa mencari kolah lumpur gunung berapi tersebut di laman web authorsden.com pada tahun 2005.

Berdasarkan penulisan tersebut, Dr Kessler bersama dengan seorang wanita bernama Maureen dan abang ipar Maureen yang berbangsa Foo Chow iaitu Arso berusaha mencari kawah lumpur tersebut meskipun tiada kepastian hala tuju yang ingin ditujui.

Kembara Bermula

Daripada Marudi mereka memulakan perjalanan dengan menaiki perahu Arso yang dikuatkuasakan dengan enjin bot sangkut mulai berangkat meninggalkan Kuala Baram. Selama 40 minit, perjalanan dari Baram mereka telah sampai di muara Sungai Karap.

menaiki perahu Arso untuk mencari Baram Mud Volcano
Sumber: Flickr Franz Geopage

Sepanjang perjalanan Dr. Kessler turut memerhati keadaan sekeliling dan juga map satelit yang dibawanya. Berdasarkan map satelit tersebut terdapat sebuah laluan menuju ke pintu masuk Sungai Kulak di sebuah perairan kecil di situ. 

Namun apa yang dilihat oleh mereka adalah berbeza iaitu laluan tersebut dipenuhi dengan rumput terapung sehingga laluan sungai tidak nampak dengan jelas.

Selepas itu, mereka terserempak dgn seorang lelaki berbangsa Iban yang merupakan nelayan di situ dan bertanya kepadanya mengenai laluan ke Sungai Kulak. Lelaki tersebut berkata memang betul anak Sungai Kulak di tempat yang mereka berhenti sebentar tadi.

nelayan berbangsa iban di sungai kulak
Sumber: Flickr Franz Geopage

Namun sekarang tidak lagi kerana di sana hanya terdapat sedikit air tersisa dan rumput banyak menyerang di lembahnya. Justeru cara lain untuk pergi ke Sungai Kulak mereka perlu jalan kaki sekurang-kurangnya tiga jam.

Setelah mendengar tersebut Dr. Kessler hampir berputus asa dan meminta Arso berpatah balik. Kira-kira 20 minit perjalanan mereka sampai di Muara Kulak.

Hampir Terjerat Diperangkap Buaya

Dr. Kessler dan rakan-rakan mulai menjelajah ke kawasan hutan. Dalam keheningan perjalanan tiba-tiba Maureen menjerit dan berkata “Awas” kerana Dr. Kessler hampir tersadung diperangkap buaya. Menurut Dr. Kessler buaya tersebut berbentuk seperti tongkat kecil yang ditanam ke tanah dengan tali tergantung di dahan yang bengkok.

Maureen dan Arso bersama dengan perangkap buaya
Sumber: Flickr Franz Geopage

Menaiki Kereta Api

Setelah sampai di kem pembalakan Arso berjumpa dengan pengurus tersebut supaya membenarkan mereka menggunakan kereta api untuk ke kawasan gunung berapi lumpur itu berada.

Dr. Kessler tidak menyangka bahawa di kawasan tersebut terdapat kereta api dan semasa menunggu Arso beliau terlihat laluan kereta api di belakang pondok utama untuk menuju ke hutan.

Maureen diatas laluan rel kereta api
Sumber: Flickr Franz Geopage

Tidak lama selepas itu, Arso datang bersama pemandu dari kem sambil menaiki kereta luncur bermotor tersebut. Kereta tersebut diperbuat daripada kayu dan mempunyai 4 roda besi dengan dikuasai dua enjin kuasa kuda yang berperanan untuk menggerakkan gandar di belakangnya.

Laluan kereta api dibina di atas tiang kayu yang berlapis-lapis bagi mengelakkan laluan tersebut tenggelam apabila tanah basah akibat hujan.

laluan kereta api dan kediaman penduduk tempatan di kawasan pembalakan
Sumber: Flickr Franz Geopage

Di sepanjang perjalanan mereka melihat banyak pokok yang telah ditebang dan dievakuasi semasa melalui rangkaian jalan kereta api tersebut. Tidak lama selepas itu, mereka sampai di terminal seperti sebuah pondok kayu yang dihuni oleh 1 atau 2 buah keluarga yang berbangsa Iban.

Akhirnya Jumpa Pun!

Setelah sampai mereka menuju ke arah semak. Akhirnya mereka menemui apa yang dicari iaitu gunung berapi lumpur. Kawah tersebut mempunyai kelebaran sekitar 300 meter dan membentuk lereng bukit yang sangat lembut di sekelilingnya.

gunug api berlumpur sungai karap / Baram mud volcano
Sumber: Flickr Franz Geopage

Dr. Kessler terus mengambil bacaan ketinggian kawasan tersebut dan mendapati bahawa puncak bukit menjulang tinggi pada ketinggian kira-kira 65 kaki.

Menurut Dr. Kessler di tengah-tengah kaldera (kawah) tersebut muncul sebuah kawah tunggal yang berdiameter empat ela, mungkin ia disebabkan lumpur yang bergelembung dan meletus sehingga meninggalkan kesan.

letusan lumpur gunung berapi sungai karap
Sumber: Flickr Franz Geopage

Menurut beliau terdapat bunyi yang pelik mendahului setiap letusan mungkin disebabkan oleh gelembung gas asli yang meningkat naik dan berkembang dengan cepat.

Beliau juga tidak ingin melepaskan peluang untuk mencuba merasai tekstur lumpur tersebut dengan meletakkan tangannya di dalam lumpur. Seterusnya, beliau mendapati rasa ia lebih sejuk daripada udara kira-kira 85 Fahrenheit atau lebih bersamaan dengan 29.4°C.

kaldera lumpur gunung berapi sungai karap
Sumber: Flickr Franz Geopage

Setelah selesai menikmati permandangan dan mengambil gambar mereka beransur untuk pulang. Begitulah pengembaraan Dr. Kessler dan rakan-rakan dalam mencari mud volcano di sini.

Menurut sumber daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) menyatakan bahawa Baram Mud Volcano tersebut telah diwartakan sebagai Nature Reserve sejak tahun 2014 dan sebelum ini ia diletakkan di bawah Jabatan Hutan.

Wow tak sangkakan rupa-rupanya Sarawak juga mempunyai gunung berapi lumpur yang ramai yang tak tahu. So gais jangan lupa tau! Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here