Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai Kampung Budaya Sarawak secara virtual.

Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan sektor ditutup secara drastik dan orang ramai diarahkan untuk kekal di rumah sepanjang tempoh tersebut.

Justeru itu, STB telah mengambil inisiatif yang tersendiri dengan menawarkan lawatan secara maya kepada pengunjung Kampung Budaya Sarawak.

Anda boleh merasai sendiri pengalaman berada di Kampung Budaya Sarawak melalui video yang dikongsikan di bawah:

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Sarawak Ada Gunung Berapi Lumpur? Penyelidik Ini Kongsi Pengalaman “Rare” Di Baram

Di Kampung Budaya Sarawak, terdapat 7 buah rumah tradisi masyarakat tempatan yang anda boleh lawati secara virtual, iaitu:

1. Rumah Orang Bidayuh

Rumah ini mempunyai struktur yang bulat dan dihiasi dengan ukiran dinding buluh di sekeliling rumah yang disebut sebagai Barok.

Barok berfungsi sebagai tempat berjemaah para pahlawan dan di sana juga turut dilengkapi dengan gong, gendang perang, senjata dan topeng kayu.

Menurut Kampung Budaya Sarawak suku kaum Bidayuh mempunyai kumpulan yang tertentu iaitu terdiri daripada Jagoi, Biatah, Bukar-Sadong, Salakau dan Lara.

rumah tradisi kaum bidayuh di Sarawak
sumber: Gayatravel.com.my

2. Rumah Panjang Iban

Diperbuat daripada kayu kapak dan daun jerami rumah panjang ini mempunyai keunikan tersendiri.

Selain mempunyai rumah yang panjang dan mempunyai banyak pintu ia juga mempunyai kayu yang berlekuk yang berperanan sebagai tangga.

Pada bahagian dalam pula ia dihiasi dengan tengkorak yang digantung dan ianya mempunyai kisah tersendiri di sebaliknya.

rumah tradisi kaum iban di Sarawak
sumber: Gayatravel.com.my

3. Rumah Orang Ulu

Rumah panjang Orang Ulu dibina beberapa kaki dari atas tanah ia dikelilingi dengan kehijauan pokok yang rimbun.

Di sini anda boleh melihat bagaimana wanita Orang Ulu melakukan kraf tangan yang rumit menggunakan manik-manik.

Selain itu, anda juga boleh menghayati alunan muzik Sape dan Jatung Utang iaitu alat muzik tradisi Orang Ulu yang bertali.

rumah tradisi orang ulu di sarawak
sumber: Gayatravel.com.my

4. Rumah Cina

Tidak seperti kediaman tempatan Rumah Cina dibangunkan di atas permukaan tanah dan ia dilindungi dengan ayat-ayat tertentu pada kertas merah dan dilekatkan pada tiang pintu.

Rumah ini mempunyai atap yang diperbuat daripada daun dan dindingnya yang berwarna putih. Ia juga mempunyai dua ruangan iaitu ruang utama dan bilik tidur. Di ruangan utama digunakan sebagai tempat suci iaitu sebagai tempat untuk mereka beribadat.

rumah tradisional kaum cina di kampung budaya sarawak
sumber: Gayatravel.com.my

5. Rumah Tinggi Melanau

Sesuai dengan namanya rumah ini dibina pada ketinggian sehingga 40 kaki di atas tanah. Pada zaman dahulu dikatakan orang Melanau dulunya tinggal di tepi laut. Justeru itu, mereka membina rumah tersebut tinggi sebagai bentuk perlindungan daripada ancaman lanun.

Selain itu, Rumah Tinggi Melanau juga mempunyai dua tingkat dan setiap tingkat mempunyai peranan tertentu. Pada tingkat yang pertama ia digunakan sebagai tempat pameran alat dan perkakas yang digunakan oleh mereka secara budaya. Manakala pada tingkat kedua pula ia sebagai ruangan bilik tidur.

rumah tradisional kaum melanau di kampung budaya sarawak
sumber: Gayatravel.com.my

6. Rumah Melayu

Sesuai dengan iklim tropika keseluruhan rumah Melayu dibina dengan struktur kayu yang meliputi dinding, tingkap dan juga lantai. Ia bertujuan supaya angin dari luar boleh menyejukkan di setiap ruangan dalam rumah.

Selain itu, rumah ini mempunyai perincian yang elegan di mana pada setiap pagar tangga dan tingkap diukir sehingga membentuk ukiran yang menarik. Di ruangan depan ia dikhaskan untuk kaum lelaki bagi menjalankan acara-acara rasmi dan hiburan untuk tetamu.

Rumah tradisional orang melayu di kampung budaya sarawak
sumber:magic carpet journal.com

7. Rumah Penan

Disebabkan orang Penan mengamalkan kehidupan nomad maka rumah Penan hanya dibangunkan secara ringkas iaitu bertujuan hanya untuk bertahan dalam beberapa bulan atau minggu sahaja.

Hal ini demikian kerana jangka masa mereka tinggal di satu-satu kawasan adalah berdasarkan bekalan makanan yang terdapat di situ.

Kebiasaannya, masyarakat Penan membina rumah mereka berdekatan dengan pokok sagu. Justeru jika mereka telah kehabisan bekalan sagu mereka akan berpindah ke lokasi yang baru untuk mendapatkan lebih banyak bekalan makanan.

rumah tradisional kaum penan di kampung budaya sarawak
sumber: Gayatravel.com.my

Selain daripada video rumah tradisi, STB turut menyediakan video lain yang lebih menarik anda hanya perlu melihatnya dengan melewati di Laman Web Sarawak Cultural Village.

Wow menariknya, selepas tengok video-video ini tak sabar admin tunggu Kampung Budaya kembali beroperasi. So korang jangan lupa tau untuk kongsikan info ini kepada keluarga dan rakan-rakan.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here