Kelab Afjets Skydive tengah mencari anak Sarawak yang berani dan berminat untuk mencabar diri dengan menyertai sukan lasak terjun udara (skydiving) yang akan diadakan Ogos ini.

Kelab Afjets Skydive merupakan satu kelab bagi aktiviti skydiving di Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor. Muhammad Afizull Bin Mohd Bee, 27, ialah koordinator bagi kelab ini untuk cawangan Sarawak.

afizul koordinator bagi afjets skydive di sarawak
Kredit: Muhammad Afizull Bin Mohd Bee

Meskipun kelab sukan ektrem ini masih baru di Sarawak, kelab Afjets Skydive ingin menyeru seluruh rakyat Sarawak yang berminat untuk bersama-sama dengan mereka melakukan aktiviti skydiving yang akan diadakan di Perak pada bulan Ogos nanti.

Holla SARAWAKIAN!! LIKE & SHARE GAIS!! Hai! Berminat untuk menyertai sukan ekstrem payung terjun (skydive)?*1)…

Posted by MrTj Fivethreezerozero on Sabtu, 20 Jun 2020

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Ingin Melawat Kampung Budaya Sarawak ? Boleh Terokai 7 Rumah Tradisi Secara Virtual. 

Mengapa di Perak, tak di Sarawak ?

Aktiviti skydiving ini akan dijalankan di Padang Airport Lama Tekah di Taiping, Perak. Menurut Afizull atas nasihat pakar payung terjun aktiviti ini tidak dapat dijalankan di Sarawak. Hal ini demikian kerana kekangan daripada faktor geografi di mana menurut mereka tiupan angin di Sabah dan Sarawak tidak menentu. Maka, hal ini mungkin akan mengundang risiko jika aktiviti ini tetap dijalankan di Sarawak.

Berikut ialah gambar peserta dari Sarawak yang penah menyertai aktiviti ini.

afizul bersama rakan-rakan dari Sarawak mencabar diri membuat terjunan skydive
Kredit: Muhammad Afizull Bin Mohd Bee

Ciri-ciri tertentu penerjun

Bagi mereka yang berminat dan ingin menyertai sukan ini peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai berat badan 45kg sehingga 120kg. Menurut koordinator kelab ini, semakin berat tubuh seseorang penerjun semakin singkat jangka masa mereka untuk sampai di darat.

Selain itu, penerjun juga haruslah mempunyai rekod bersih dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atas faktor keselamatan bagi mengelakkan berlakunya sebarang ancaman. Penerjun juga hendaklah mempunyai sihat tubuh badan dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi ataupun kerosakan buah pinggang.

afizul bersama rakan-rakan sedang membuat latihan skydiving
Kredit: Muhammad Afizull Bin Mohd Bee

Jaminan Keselamatan

Untuk menjamin keselamatan penerjun, sebelum membuat terjunan peserta akan diperiksa sebanyak 2 kali oleh 2 orang pemeriksa untuk memastikan segala peralatan kelengkapan yang digunakan terjamin dan berfungsi dengan baik. Di samping itu,  aktiviti ini juga turut menyediakan insurans kelompok kepada setiap penerjun.

Selain itu juga, anda tidak perlu risau kerana tenaga pengajar terdiri daripada golongan yang terlatih dan berpengalaman.  Mereka kebanyakannya terdiri daripada jurulatih bagi bekas PASKAL, PASKAU, dan juga bekas tentera.

Aktiviti ini diiktiraf dibawah Kementerian Belia Sukan, Pesuruhjaya Sukan dan MSAF (Malaysia Sport Aviation Federation).

perkakas dan peralatan yang digunakan dalam sky diving
Kredit: Muhammad Afizull Bin Mohd Bee

Apa beza Static Line dengan Tandem Skydive ?

Seperti yang dilihat pada laman Facebook MrTj Fivethreezerozero terdapat 2 pakej yang ditawarkan iaitu Kursus Asas Payung terjun (Static Line) dan Tandem Skydive.

1. Static line

Terjunan bagi static line akan dilakukan pada ketinggian 4,000 kaki dan ia dilakukan secara solo. Sebelum membuat terjunan setiap penerjun perlu menghadiri kursus yang padat dengan silibus selama 1 hari. Selain itu, setiap penerjun juga akan diberikan buku log, maka untuk terjunan seterusnya penerjun akan diberi harga yang lebih rendah iaitu sekitar RM350 sahaja.

2. Tandem Skydive

Bagi mereka yang ingin mencuba namun takut untuk terjun secara solo pilihan pakej Tandem Skydive ada pilihan yang sesuai untuk anda. Hal ini demikian kerana bagi pakej Tandem Skydive ia dilakukan secara berpasangan iaitu penerjun akan membuat terjunan bersama dengan master tandem pada paras ketinggian 10,000 kaki.

Alahai seronoknya admin rasa teruja sangat nak sertai aktiviti ini. So korang, sesiapa yang berminat nak cabar diri dan tingkatkan adrenalin anda, boleh hubungi koordinator Afjets Skydive bagi cawangan Sarawak iaitu:

Zul: 014 307 2177

Din: 019 868 4788

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here