Kehilangan wira negara Ngalinuh Bala meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Sarawak. Jasa dan pengorbanan beliau senantiasa disemat di dalam hati.

Ini merupakan gambar Ngalinuh Bala semasa beliau masih muda.
Sumber: www.thepatriotsasia.com

Pahlawan negara, penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Sub Inspektor (B) Ngalinuh Bala @ Kilah Atu, 79, telah meninggal dunia di Hospital Miri pada 23 Jun (Selasa), Astro Awani melaporkan. Beliau akan dikebumikan pada 26 Jun (Jumaat) ini.

Wira negara berbangsa Kelabit dari Kampung Pa’lungan, Bario menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6.47 petang akibat komplikasi paru-paru dan kencing manis.

Mendiang merupakan antara salah seorang daripada enam orang yang menerima pingat tertinggi kepahlawanan negara dari Sarawak.

Lima penerima yang lain ialah Lengku anak Cina, Rasli bin Buang, Etim anak Bijam, Inspektor Reggie anak Deli dan Datuk Kanang anak Langkau.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tiang Belawing Di Belaga Dicatat Tertinggi Dalam Malaysia Book of Records

Mesti ramai yang tak tahu, mengapa Ngalinuh Bala menerima pingat tertinggi kepahlawanan negara?

Ngalinuh mendapat pingat tersebut selepas terlibat dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Sibu pada 29 April 1972.

Pada masa itu, Ngalinuh berpangkat Koperal dan empat anggota pasukannya ditugaskan mengiringi penghantaran bahan letupan oleh pekerja Jabatan Kerja Raya menuju ke Kuari Mubal di Batu 54 Jalan Ulu Oya di Sibu sebelum diserang hendap komunis.

Dalam insiden tersebut, Ngalinuh memimpin pasukannya untuk bertahan dan memastikan tiada pekerja awam yang cedera, dan bahan letupan yang dibawa tidak dirampas.

Ngalinuh telah berjaya membunuh seorang pengganas dan mencederakan seorang lagi.

Walau bagaimanapun beliau tercedera terkena tembakan di peha sebelum kumpulan pengganas berjaya melarikan diri, setelah pasukan bantuan tiba.

Penganugerahan pingat kepada Ngalinuh berlangsung pada 6 Julai 1972.

Pihak polis memberi penghormatan terakhir kepada Ngalinuh Bala
Sumber: Astro Awani

Antara yang memberikan penghormatan terakhir kepada Ngalinuh Bala di kediamannya di Kampung Lusut, Jalan Bario, ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

“Kita kehilangan seorang pahlawan yang dikurniakan SP (Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa) yang telah banyak berjasa kepada negara khususnya negeri Sarawak” KATA Pesuruhjaya Polis Sarawak dATUK AIDI ISMAIL.

Upacara pengebumian Ngalinuh akan diadakan secara istiadat pengebumian negeri di Tanah Perkuburan Kristian SIB di Lambir pada petang Jumaat.

Kami ucapkan takziah kepada keluarga mendiang di atas kehilangan tersebut. Semoga roh mendiang sentiasa dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here