Kaum Melayu Sarawak mempunyai keturunan yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai sejarah menarik yang tidak ramai orang tahu.

Antara keturunan kaum Melayu Sarawak ialah:

1. Keturunan Melayu Brunei

Keturunan Melayu Brunei
Gambar hiasan, Sumber : anakjatilawas.wordpress.com

Golongan ini berasal daripada keturunan Dato Godam @ Raja Umar. Mereka dibesarkan dikalangan masyarakat bangsawan Brunei. Dato Godam adalah seorang putera kepada Datuk Bendahara Harun yang berketurunan Raja Suran, merupakan dari susur galur Iskandar Zulkarnain.

Keturunan ini menggunakan pangkal nama keluarga (surname) ‘Pengiran’, ‘Awangku’, ‘Awang’ bagi lelaki dan ‘Dayang’ bagi perempuan. Akan tetapi penggunaan nama ‘Pengiran’ sukar ditemui pada zaman modern ini.

2. Keturunan Melayu Perabangan Sarawak

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri
Gambar hiasan, Sumber : Astro Awani

Golongan ini juga berasal daripada keturunan Dato Godam @ Raja Umar. Yang membezakannya dengan keturunan Melayu Brunei ialah keturunan Melayu Perabangan dibesarkan di kalangan masyarakat bangsawan Kerajaan Saribas.

Keturunan ini pula menggunakan pangkal nama keluarga (surname) ‘Abang’ bagi lelaki dan ‘Dayang’ bagi perempuan. Sebagai contoh, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg merupakan keturunan Melayu Perabangan.

3. Keturunan Melayu Campuran Etnik-etnik Sarawak

Keturunan Melayu Campuran Etnik-etnik Sarawak
Gambar hiasan, Sumber : Jawatankuasa Anak Seni DUN Lingga [Facebook]
Golongan ini merujuk kepada komuniti melayu Sarawak yang mempunyai darah campuran daripada pelbagai etnik-etnik di Sarawak sama ada menerusi memeluk agama Islam, perkahwinan, kesamaan adat, warisan dan budaya Melayu yang menjadi penghidupan mereka seharian.

Contohnya etnik Miriek yang dikategorikan menjadi Melayu kerana adanya kesamaan daripada segi adat warisan dan budaya. Ini juga terjadi kepada etnik Melanau yang beragama Islam kerana adanya kesamaan dari segi agama dan budaya serta adat warisan Melayu di dalam penghidupan mereka.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Mari Kenali 5 Jenis Kain Songket Warisan Melayu Sarawak

4. Keturunan Melayu Arab

Keturunan Melayu Arab
Gambar hiasan, Sumber : prologueweddings.com

Golongan ini pula berasal daripada keturunan masyarakat Arab dan India Muslim yang datang ke Sarawak untuk berdagang dan berdakwah. Mereka menetap di Sarawak selepas mengahwini wanita tempatan.

Keturunan ini pula menggunakan pangkal nama keluarga (surname) ‘Syeikh’, ‘Syed’, ‘Sharif’, ‘Tuanku’, ‘Wan’ bagi lelaki dan ‘Sharifah’ bagi perempuan.

5. Keturunan Melayu Sumatera

Keturunan Melayu Sumatera
Gambar hiasan, Sumber :Edward Mushalli [Flickr]
Golongan ini berasal daripada keturunan Datu Merpati Jepang yang berketurunan Jawa atau Minangkabau.

Penempatan awal keturunan ini ialah di Lidah Tanah, iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi sebelum dijajah oleh Kesultanan Brunei.

Sumber:

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here