Melalui projek Sarawak Reef Ball kerajaan negeri merancang untuk menanam sebanyak 17,200 bola terumbu karang sepanjang 1,000km.

Baru-baru ini kerajaan Sarawak telah melancarkan penanaman bola terumbu karang di sekitar Muara Tebas hingga ke Sebuyau iaitu sebanyak 1,200 bola terumbu karang yang telah dilepaskan di dalam lautan.

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg projek ini telah dimulakan sejak tahun 2018. Ia bertujuan untuk menanam sebanyak 17,200 bola terumbu karang di sepanjang pesisir pantai Sarawak iaitu dari Tanjung Datu hingga Lawas.

ketua menteri sarawak abang jo bersama dalam sarawak reef ball project.
Sumber: Facebook Sarawak Forestry

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Kenali Asal Usul Setiap Keturunan Etnik Melayu Sarawak, Tak Ramai Orang Tahu

Fakta Reef Ball Di Sarawak

1. Terumbu Karang Buatan Terpanjang

Berdasarkan video di atas Ketua Menteri turut menyebut ia merupakan terumbu karang buatan terpanjang di dunia iaitu dengan menanam sebanyak 17,200 reef balls.

Malahan menurut Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh mendedahkan kerajaan Brunei turut berminat untuk terlibat sama dalam Projek Sarawak Reef Ball. Justeru, jajaran ini akan menjadi lebih panjang iaitu merangkumi jarak 1,500 kilometer.

Maka, ini bererti ia mampu menandingi penanaman reef ball yang terpanjang di dunia yang sedia ada kini iaitu terletak di Pulau Maiden, Antigua yang hanya menanam sebanyak 10,000 reef ball.

reef ball yang akan ditanam dalam projek sarawak reef ball
Sumber: Facebook Sarawak Forestry

2. Sarawak Pertama Di Asia Menggunakan Teknologi Reef Ball Mesra Alam

Sarawak merupakan yang pertama di Asia menerima penggunaan reef ball iaitu teknologi mesra alam buatan Amerika sejak tahun 1998. Ia dijalankan di sekitar Kepulauan Talang – Satang.

Penggunaan bola terumbu karang ini bertujuan untuk mempromosikan pemeliharaan penyu di Sarawak.

sarawak yang pertama dalam asia menggunakan teknologi reef ball daripada amerika
Sumber: Artikel The Sarawak Ball Project

3. Peruntukan Sebesar RM70 Juta

Kerajaan negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM70 juta bagi menjayakan projek penanaman bola terumbu karang di sepanjang pesisir pantai Sarawak.

Ketua menteri sarawak Abang Johari melihat pelaksanaan projek reef ball
Sumber: Facebook Sarawak Forestry

Manfaat Penanaman Bola Terumbu Karang 

Jelas sekali perlaburan untuk perlaksanaan projek menggunakan nilai yang besar, justeru pastinya ia mampu menjamin pulangan yang lumayan untuk negeri ini pada masa akan datang sama ada daripada aspek fizikal atau sosial.

Maka, berikut beberapa manfaat penanaman bola terumbu karang yang perlu anda tahu, antaranya ialah:

1. Melindungi Ekosistem Marin

Berdasarkan kajian Professor Madya Lee.E.Harris iaitu Perunding Jurutera Pantai dan Oseanografi daripada Jabatan Sistem Laut dan Alam Sekitar, penggunaan bola terumbu mampu menyediakan habitat flora dan fauna bagi ekosistem marin.

reef ball
sumber: Reef ball innovation.com

2. Meningkatkan Sosioekonomi Penduduk Tempatan

Maka keadaan tersebut mampu menggalakkan aktiviti eko-pelancongan. Ekoran kepesatan aktiviti ini juga mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dari aspek perhotelan dan rekreasi.

Selain itu, apabila ekosistem marin terpelihara akibat pelaksanaan projek ini secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan nelayan di kawasan sekitar.

Malahan, menurut Ketua Menteri ia dibuktikan dengan peningkatan ketara jumlah tangkapan nelayan di sekitar Sematan dan Belawai semenjak bola karang ditanam di kawasan tersebut.

“Ini terbukti apabila jumlah tangkapan nelayan di kawasan perairan Sematan dan Belawai telah meningkat dengan ketara setelah bola karang ditanam,” kata Ketua Menteri Sarawak.

Sumber: I Love Pusa

Wow tak sangkakan begitu besar manfaat penggunaan reef ball ini kan? Bukan sahaja menyumbang ke arah ekologi malahan turut mampu menyumbang ke arah aspek sosial dan ekonomi. Tidak hairanlah kerajaan Sarawak sanggup untuk berbelanja dengan jumlah yang begitu besar untuk menjayakan projek ini.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here