Tak ramai yang tahu kisah tragedi ini yang mencatatkan sejarah hitam terutamanya bagi rakyat Sarawak. Bahkan tiada siapa pernah menduga pelayaran kapal kargo dan penumpang akan berakhir dengan air mata kesedihan.

Tragedi Kapal MV Pulau Kidjang yang karam di muara Tanjung Jerijeh yang berlaku pada 27 Disember 1974 tanpa kita sedari sudah hampir 47 tahun.

Menurut Berita Harian, tragedi ini telah mendapat jolokan tragedi ‘Titanic Sarawak’. Hal ini disebabkan ianya meninggalkan kesan yang mendalam terutamanya kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Wira Negara Ngalinuh Bala Meninggal Dunia, Terima Penghormatan Penuh Jumaat Ini

Peta MV Pulau Kidjang yang karam 47 tahun yang lalu
Sumber: Berita Harian

Pada 27 Disember 1974, MV Pulau Kidjang memulakan pelayaran dalam keadaan cuaca yang baik. Malah, keadaan laut semasa memulakan pelayaran juga dalam keadaan tenang.

Tetapi, cuaca tiba-tiba berubah dengan angin agak kencang dan berlaku ombak besar. Dalam insiden kapal karam ini, cuaca buruk ketika musim tengkujuh dan musim angin monsun timur laut dikaitkan sebagai punca utama tenggelamya MV Pulau Kidjang.

MV Kapal Kidjang
Sumber: Berita Harian

Dalam tragedi tersebut, seramai 121 mangsa terkorban, 38 mangsa terselamat termasuk 18 kelasi dan selebihnya hilang sehingga kini.

Mayat mangsa dari MV Pulau Kidjang
Sumber: Berita Harian

Mayat mangsa terkorban semasa karamnya kapal tersebut diturunkan di Dewan Suarah, Sarikei dengan menggunakan helikopter.

Selain itu, kerajaan Sarawak bina perkuburan khas 2 km dari bandar Sarikei bagi mengebumikan mayat mangsa yang tidak dikenali.

Bahkan penduduk setempat trauma makanan laut disebabkan ada yang mengatakan menemui cebisan organ manusia dan aksesori cincin dan jam tangan dalam perut ikan.

Walaupun tragedi ini berlaku beberapa dekad yang lalu, tragedi kapal MV Pulau Kidjang karam ini akan dikenang selama-lamanya.

Sumber: Berita Harian

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah tontoni Tragedi ‘Titanic Sarawak di bawah:

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here