Kopi Liberica dikatakan spesies yang jarang ditemui dan pengeluarannya hanya sekadar 1% di pasaran seluruh dunia.

Arabica dan Robusta antara jenis kopi yang popular di seluruh dunia dan mempunyai peratus penghasilan sebanyak 60% dan 40% berbanding dengan penghasilan biji kopi Liberica hanya sekadar 1%.

Selain disebut sebagai kopi Liberica ia turut dipanggil sebagai Black Bean Coffee. Seperti biji kopi yang lain ia juga mempunyai keunikannya tersendiri. Kopi Liberica mempunyai aroma kopi yang wangi seperti bau buah-buahan dan bauan bunga.

biji kopi liberica yang telah dipanggang dimasukkan dalam guni
Kredit: Jessica Lewis

Malahan menurut pendapat saintis kopi, Liberica mempunyai rasa yang lebih manis daripada kopi Arabica. Pandangan ini turut disokong oleh perunding kopi dari Jerman iaitu Dr. Steffen Scharwarz setelah mencuba beberapa gelas kopi yang berbeza sempena Borneo Coffee Symposium yang diadakan di Kuching pada tahun lepas.

Dr. Steffen Scharwarz di borneo coffee symposium di kuching sarawak
Sumber: Daily Coffee News

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Suka Makan Kacang Ma? Ini 3 Kebaikan Yang Perlu Anda Ketahui

Sejarah Kopi Liberica di Sarawak

Menurut sejarah, kopi Liberica berasal dari Ceylon yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Ia dibawa oleh Rajah Putih kedua Sarawak iaitu Rajah Charles Brooke ke Sarawak pada tahun 1876.

Berdasarkan Columns of Ceylon Observer, Sarawak Gazette dan Brooke Digital Archives pada mulanya Rajah Charles Brooke telah membawa biji kopi Arabica untuk ditanam di Sarawak iaitu sekitar tahun 1866. Beliau telah mendirikan ladang kopi dan tehnya di daerah Matang.

Namun begitu, ekoran daripada faktor persekitaran dan cuaca yang tidak sesuai penanaman kopi Arabica di negeri ini tidak berjaya. Justeru sekitar tahun 1870an beliau cuba untuk menanam biji kopi Liberica dan tanaman tersebut telah membuahkan hasil dan ia membiak dengan lebih produktif.

biji kopi yang telah masak
Kredit: Asser Christensen

Maka ini membuktikan tanaman biji kopi Liberica ini lebih sesuai ditanam di negeri ini dan mampu beradaptasi dengan ciri iklim di bumi Sarawak.

Justeru, ekoran penghasilan biji kopi Liberica ini sangat minimum daripada seluruh dunia maka Earthling Coffee dan Qcup Coffee Roaster berusaha untuk mengangkat nama kopi Liberica di mata dunia. Mereka telah mengadakan pertandingan memanggang Liberica yang julung-julung kali diadakan dan ia telah diadakan di Kuching pada tahun 2019.

poster pertandingan memanggang kopi peringkat antarabangsa
sumber: earthling coffee

Seramai 22 orang peserta daripada serata dunia telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini turut dihakimi oleh juri professional dari seluruh dunia dan Dr. Steffan Scharwarz iaitu pengasas perunding kopi telah dilantik sebagai ketua hakim bagi mengetuai barisan juri dalam pertandingan ini.

Matlamat pertandingan ini diadakan adalah untuk mewujudkan sebuah gerakan bagi menunjukkan potensi rasa kopi Liberica selain mampu meningkatkan nilai komersial kopi yang ditanam di Sarawak pada mata dunia.

penyampaian sijil kepada peserta liberica coffee international roasting competition
Sumber: Earthling Coffee

Wow, tak sangkakan kopi yang selama ini kita minum di kopitiam adalah suatu yang jarang ditemui di seluruh dunia. So apa tunggu lagi! Mari kongsikan info ini pada keluarga dan rakan-rakan anda.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here