Marscella Ling Anak Michael Ling, 15, selaku wakil P217 Bintulu baru-baru ini mencipta sejarah menjadi pendebat kedua terbaik dalam Parlimen Digital Malaysia 2020.

Turut bersama Marscella, yang merupakan ahli Parlimen Digital paling muda, ialah 221 orang perwakilan belia yang lain yang telah terpilih untuk menyertai sesi parlimen ini.

Parlimen Digital ialah satu sesi parlimen secara dalam talian yang pertama di negara ini telah diadakan pada 4-5 Julai yang lalu. Parlimen secara maya ini telah dikendalikan oleh Challenger Malaysia, Undi18 dan Liga Rakyat Demokratik.

Menurut Parlimen Digital, objektif persidangan Dewan ini adalah bagi memberi ruang dan saluran kepada anak muda untuk menyuarakan pendapat dan perspektif tentang dasar-dasar yang perlu dilaksanakan bagi menangani krisis COVID-19.

View this post on Instagram

Why are we doing this?

A post shared by Parlimen Digital Malaysia (@parlimendigital) on

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Anak Sarawak Ini Reka Pakaian Tradisi Dayak Dalam Video Game Animal Crossing

Macam Mana Boleh Minat Dengan Politik?

Menurut Marscella melalui temu bualnya bersama Astro Awani, pada tahun 2019 beliau telah menyertai satu kem iaitu KidsTakeOver, suatu program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan UNICEF.

Ia bertujuan untuk merekrut dan mempersiapkan pelajar bagi berbicara tentang cadangan untuk merangka dasar bagi mengakhiri kes buli di sekolah.

marscella dalam kem kids take over
Kredit: Project ID. org

Kem 3 hari 2 malam tersebut telah mengumpulkan seramai 40 orang pelajar. Sepanjang kem tersebut semua pelajar telah diberi pendedahan dan pengetahuan tentang parlimen Malaysia.

Menurut Marscella lagi daripada aktiviti tersebut beliau mula berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem politik di Malaysia.

Di samping itu, sehari sebelum sesi parlimen dijalankan beliau bersama para peserta yang lain turut mendengar perkongsian para ADUN. Dari situ beliau mendengar pandangan dan visi wakil ADUN dalam bidang politik secara tidak langsung ia telah memberi inpirasi kepadanya agar terbuka hati untuk mengenali tentang politik.

Selain itu, buku yang diterbitkan oleh YB Hannah Yeoh iaitu Becoming Hannah – A Personal Journey juga telah menjadi pendorong dan membuka mata Marscella mengenai persepsinya terhadap politik di mana melalui buku tersebut dia menganggap politik adalah human society.

buku hannah yeoh a personal journey
sumber: says.com

Wow, tak sangkanya baru berusia 15 tahun telah namun mampu membuat pencapaian yang begitu membanggakan!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

2 COMMENTS

  1. hi thank you for this article! i hope it can empower more younger generations to be aware of their surroundings. however, Project ID is actually also one of the organizer for both #Endviolence and #kidstakeover camp.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here