Dah tiba di Sarikei, tapi tak tahu nak makan kat mana? Jangan risau, sini admin kongsikan 12 tempat makan best yang wajib anda kunjungi bila sampai di Sarikei.

Sarikei antara daerah yang semakin membangun, terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang boleh anda dapati di sini. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk di pesisir daerah Sarikei datang ke sini untuk mendapatkan perkhidmatan.

Bagi yang pertama kali sampai di Sarikei berikut admin kongsikan 12 tempat makan best yang perlu anda terjah, iaitu:

1. Aik Seng

Kedai kopitiam Aik Seng antara yang paling popular bukan sahaja di kalangan penduduk Sarikei sahaja malahan orang luar pun sanggup datang ke sini.

Antara signature dish yang wajib anda cuba bila sampai di Aik Seng ialah Roti Kawen. Apa yang membezakan Roti Kawen di kedai Aik Seng berbanding dengan kedai lain ialah melalui kaedah pembuatannya. Semua roti yang ditempah akan dibakar secara tradisional iaitu dengan menggunakan arang kayu.

Hal ini menyebabkan aroma dan kerangupan Roti Kawen ini lebih unik berbanding dengan Roti Kawen yang dijual di kedai lain yang dibakar menggunakan oven.

Selain Roti Bakar, anda juga boleh menikmati menu sarapan pagi yang lain seperti Loh Mee, Laksa Sarawak dan pelbagai lagi menu lain.

Lokasi : No. 21, Jalan Wharf, Bandar Sarikei, 96100 Sarikei, Sarawak
Masa Operasi : 5:30 Pagi – 2:00 Petang

roti kawen, loh mee, nasi ayam di kedai Aik Seng
kredit: @wanzamil5066 (Instagram)

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tahu Tak Liberica, Spesies Kopi ‘Rare’ Ada Ditanam Di Sarawak? Ketahui Sejarahnya Di Sini

2. A’kuanso Sarikei

logo a'akuanso sarikei
Kredit: A’Kuanso Sarikei (Facebook)

Terletak bersebelahan dengan kedai kopi Aik Seng, anda boleh menikmati sajian pencuci mulut di A’kuanso Sarikei. Di kedai A’Kuanso menghidangkan makanan ringan dan pencuci mulut seperti waffle, kentang goreng dan yang paling istimewa ialah ais krim gula apong.

Ais krim gula apong turut disediakan dengan pelbagai jenis topping antaranya kacang, Oreo dan Cornflakes. Selain ais krim gula apong, A’kuanso turut menyediakan perisa lain seperti green tea, red tea dan yang terbaru ialah perisa Milo. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh rujuk menu di sini.

durian cheese tart, ais krim gula apong, takoyaki, nasi lemak
Kredit: A’Kuanso Sarikei (Facebook)

Alamat: Jalan Wharf Bandar Sarikei, 96100 Sarikei, Sarawak
Facebook: A’Kuanso Sarikei
Masa Operasi: Isnin hingga Khamis (8:30 pagi – 6:30 petang)
Jumaat hingga Ahad (8:30 pagi – 9:30 malam)

3. 21 Cafe

bangunan 21 cafe sarikei
Kredit: Nurul Dahlia/sukasuka.tv

21 Cafe antara tempat favourite anak-anak muda untuk lepak. Selain harganya yang murah kedai ini turut menghidangkan pelbagai pilihan menu yang lazat.

Antara yang famous di 21 Cafe ialah air seringgit ini kerana harganya yang murah sungguh tidak sepadan dengan saiz gelasnya yang besar.

air teh lemon
Kredit: Dayangku Nur Anizan II (Facebook)

Di 21 Cafe juga anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan untuk sarapan dan makan tengahari. Hal ini kerana di 21 Cafe terdapat beberapa stall yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Antara menu istimewa terdapat 21 Cafe ialah kompiang, wantan, nasi ayam, mee kolok dan pelbagai lagi.

mee kampua, nasi lemak, kompiang, loh mee
Kredit: 21 Cafe Sarikei (Facebook)

Alamat: 40, 32, Jalan Jubli Mutiara, Bandar Sarikei, 96100 Sarikei, Sarawak
Masa Operasi: Isnin hingga Ahad (6 pagi – 2 petang)

4. New Riverside Cafe

kedai kopi sarikei
Kredit: Nurul Dahlia/sukasuka.tv

Sesuai dengan namanya kedai makan ini terletak di tepi Sungai Rajang. Pada setiap pagi pasti ramai yang datang ke sini untuk menikmati sarapan pagi. Antara menu istimewa yang menjadi sasaran pelanggan ke New Riverside Cafe ialah Mee Jawa.

mee jawa new riverside cafe sarikei
Kredit: Ismi Hanisah (Facebook)
Alamat: 18, Jalan Bank, Bandar Sarikei, 96100 Sarikei, Sarawak
Masa Operasi: Isnin hingga Ahad (6 pagi- 5 petang)

5. Xiang-Xiang Cafe

Kedai makan Xiang-Xiang Cafe terletak berdekatan dengan Wisma Jubli Mutiara. Anda boleh menikmati hidangan sarapan dan makan tengah hari di sini. Antara menu yang paling diminati di Xiang-Xiang Cafe ialah nasi ayam. Keenakan nasi ayam di kedai ini dikatakan mampu menandingi nasi ayam di restoran yang terkenal.

Wow bunyinya macam melampaukan? So kalau nak tahu kesedapannya anda kena cuba sendiri nasi ayam Xiang-Xiang Cafe.

Alamat: Jalan Bersatu, Bandar Sarikei, 96100 Sarikei.
Masa Operasi: Isnin hingga Ahad (6 pagi – 1 petang)

nasi ayam timun sup
Kredit: Nurul Dahlia/sukasuka.tv

6. Kongsi Rezeki Cafe

bangunan kedai kongsi rezeki cafe
Kredit: Nurul Dahlia/sukasuka.tv

Untuk sajian makan tengah hari pula admin cadangkan anda cuba di kedai Kongsi Rezeki. Kongsi Rezeki Cafe menyediakan pelbagai jenis pilihan lauk-pauk untuk nasi campur yang anda boleh pilih dengan harga serendah RM5.00.

Selain itu, mereka juga turut menawarkan harga yang cukup murah untuk hidangan sarapan pagi iaitu serendah RM3.50 sahaja. Manakala pada setiap hari Sabtu anda boleh menikmati makanan ala-ala Korea antaranya ialah kimchi Korea celup, kimbap, egg roll dan pelbagai lagi.

sushi, kimbab, kimchi
Kredit: Nasik Aruk Sarikei (Facebook)

Manakala menurut Kak Yam iaitu pemilik kedai Kongsi Rezeki Cafe mulai Ogos ini Kongsi Rezeki Cafe turut menyediakan hidangan Nasi Arab pada setiap hari Jumaat.

lauk-pauk, kimchi, kimbab, biskut kering
Kredit: Nasik Aruk Sarikei (Facebook)

Alamat: No.13 Ground Floor, Thien Soon Height 96100 Sarikei.
Masa Operasi: Isnin Hingga Khamis  (7:30 Pagi – 3:00 Petang)
Jumaat (7:30 Pagi – 2:30 Petang / 6:00 Petang – 11 Malam)
Sabtu (5:00 Petang – 11:00 Malam)
Facebook: Nasik Aruk Sarikei / Kongsi Rezeki Cafe

7. Kopi Rempah

Selain itu, kedai makan Kopi Rempah juga turut menjadi pilihan ramai untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Terdapat pelbagai jenis lauk yang disediakan dan kebanyakannya berasaskan kari.

kari ayam, kari daging, kari kambing, kari ikan
Kredit: Kopi Rempah (Facebook)

Seterusnya, signature dish yang terdapat di sini ialah Kopi Rempah. Resepi pembuatan Kopi Rempah ini diperoleh daripada warisan turun-temurun daripada nenek pemilik kedai Kopi Rempah kini.

telur ikan, ikan masak sambal, kopi rempah
Kredit: Kopi Rempah (Facebook)

Alamat: Jalan Masjid Lama, Bandar Sarikei, 96100 Sarikei, Sarawak
Masa Operasi: Isnin hingga Sabtu (7:30 Pagi – 4:00 Petang)
Facebook: Kopi Rempah

8. Dapur Fauziah

Bagi mereka yang meminati selera nusantara anda boleh mengunjungi kedai makan Dapur Fauziah. Dapur Fauziah menyediakan pelbagai menu berasaskan cita rasa Sunda.

shell out, ayam percik, ikan gorang butter, sambal udang
Kredit: Dapur Fauziah (Facebook)

Selain itu, menu Ayam Bakar Bandung merupakan hidangan yang special di Dapur Fauziah kerana ia mempunyai rasa yang unik tidak mampu dijumpai di mana-mana kedai lain.

nasi ayamayam goreng sambal kicap
Kredit: Dapur Fauziah (Facebook)

Alamat: No 15, Lorong Nenas 2,Jalan Nenas , 96100 Sarikei, Sarawak
Masa Operasi: Isnin hingga Ahad Kecuali Selasa (11:00 Pagi – 3:00 Petang / 5:00 Petang                       – 9 Malam)
Facebook: Dapur Fauziah Sarikei

9. Kafe Kampung Kathy’s

Anda ingin merasai suasana kampung dan makan sambil menikmati permandangan sekitar jambatan sungai Sarikei?

melepak sambil menonton
Kredit: Kafe Kampung Kathy’s (Facebook)

Di Kafe Kampung Kathy’s lah jawapannya, di sini anda boleh menikmati pelbagai hidangan makan malam bersama keluarga sambil menikmati suasana kampung.

Antara menu yang terdapat di sini ialah:

lamb shank, satay kambing, lamb chop, chicken chop
Sumber: Facebook Kafe Kampung Kathy’s

Alamat: No. 11, Jalan Drahman Keria, 96000, Sarikei, Sarawak.
Masa Operasi: Isnin hingga Ahad Kecuali Khamis (5:30 Petang – 10:30 Malam)
Facebook: Kafe Kampung Kathy’s

10. Yi Garden

Restoran Yi Garden pula berkonsepkan taman. Bagi anda yang inginkan suasana yang romantik, makan malam di taman Yi Garden ialah pilihan yang sesuai.

menikmati makanan di restaurant yi garden
Sumber: Facebook Yi Garden

Di sini turut menghidangkan pelbagai jenis makanan sama ada makanan Western ataupun masakan Melayu.

bingsu, chicken chop, nasi ayam penyet, spaghetti
Sumber: Yi Garden (Facebook)

Alamat: Jalan Repok, 96100 Sarikei
Masa Operasi: Isnin hingga Ahad (5:00 Petang – 10:00 Malam)
Facebook: Yi Garden 

11. Taman Selera Baji Jaya

Untuk anda yang ingin mencari medan selera di Sarikei anda boleh kunjungi Taman Selera Baji Jaya. Taman Selera Baji Jaya mempunyai gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan maka anda boleh pilih mana-mana gerai sahaja yang anda ingini.

taman selera baji jaya sarikei , gerai 14 tapak bulat
Sumber: Tapak Bulat (Facebook)

Bagi penggemar masakan Western admin cadangkan anda pergi ke gerai Tapak Bulat iaitu gerai No. 14.

set talam, lamb chop,
Sumber: Tapak Bulat (Facebook)

Alamat: No.14 Tapak Bulat, Taman Selera Baji Jaya, Kampung Seberang 96100 Sarikei
Masa Operasi: Isnin hingga Ahad Kecuali Khamis (5:00 Petang – 11:00 Malam)
Facebook: Tapak Bulat 

12. Big Boss Burger

Anda peminat tegar burger tepi jalan? Apa kata anda cuba burger di Big Boss Burger iaitu satu-satunya perniagaan food truck di Sarikei.

food truck big boss burger sarikei
Kredit: Big Boss Burger (Facebook)

Di sini terdapat pelbagai jenis burger yang dijual dan apa yang uniknya, semua patty daging yang digunakan adalah homemade dan bukannya dibeli di pasaraya.

burger, cheese, itik arnab
Sumber: Facebook Big Boss Burger
Lokasi : Hadapan KFC Sarikei
Waktu Operasi : 6.30pm – 11.00pm
Facebook: Burger Big Boss
Alahai sedapnya, tengok gambar-gambar ni buat admin makin lapar laa. So korang nanti kalau sampai di Sarikei jangan lupa tau try tempat-tempat yang admin dah kongsikan ini ye. So apa tunggu lagi! Mari kongsikan info ini pada keluarga dan rakan-rakan anda.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here