Kehidupan Penghulu India wanita pertama Sarawak Paliani Samba Bilaidom @ Lucy Lingam agak luar biasa dengan peranannya dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan emas, politik dan restoran.

  • Sebelum dilantik menjadi penghulu wanita India pertama di Sarawak, Lucy Lingam memegang jawatan sebagai Kapitan (2007-2018).

  • Tak ramai orang tahu beliau juga Kapitan dalam masyarakat Cina di Kuching.

  • Lucy melibatkan diri dalam bidang hospitaliti, menubuhkan Pilba Gold & Jewelry bersama mendiang suaminya, dan membuka restoran LL Banana Leaf

Sarawak United People’s Party (SUPP) Batu Lintang branch chairman Sih Hua Tong (fourth left) and Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development Minister Datuk Seri Fatimah Abdullah (fifth left) presenting a congratulatory bouquet to Lucy Lingam (sixth left) as other SUPP members at the celebratory dinner on June 16. Sarawak Heroes: Lucy Lingam, Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak
Lucy Lingam (enam dari kiri) menerima sejambak bunga daripada Pengerusi Sarawak United People’s Party (SUPP) cawangan Batu Lintang Sih Hua Tong (empat dari kiri) dan Menteri Kebajikan Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah (lima dari kiri) bersama ahli SUPP lain di sebuah jamuan makan malam pada 16 Jun 2019. Kredit: New Sarawak Tribune

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Sarawak Heroes: Lily Eberwein, Pengetua Sekolah Di Sebalik Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak

Kehidupan Awalnya

Lucy membesar di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ayah angkatnya ialah seorang Kadazan dan bekerja sebagai pegawai polis marin manakala ibunya seorang India tempatan yang bekerja dengan keluarga-keluarga dari Eropah sebagai tukang masak.

Beliau membesar dalam komuniti Cina. Oleh sebab itu, beliau fasih berbual dalam dialek Hokkien sehingga beliau sering dikelirukan sebagai seorang wanita Cina ketika berbual dalam telefon.

“I have the native part and the Indian part. My favourite food is belacan. My spoken English has a Chinese slang.” – LUCY LINGAM

Gambar keluarga Lucy Lingam. Lucy Lingam's family portrait. Sarawak Heroes: Lucy Lingam, Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak
Lucy Lingam bersama keluarga tersayang. Kredit: The Star

Pernah Bekerja di Hotel Dan Membuka Kedai Emas dan Restoran

Setelah habis menamatkan pelajaran di sekolah, Lucy mula bekerja dalam industri hospitaliti. Dari seorang pelayan beliau bekerja keras dan dinaikkan pangkat menjadi pengurus eksekutif dan kemudian pengarah jualan di Aurora Hotel (kini Merdeka Palace Hotel and Suites) dan Country View Hotel (kini Impiana Hotel).

Aurora Hotel, Sarawak Heroes: Lucy Lingam, Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak
Aurora Hotel, Kuching, 1964. Kredit: Brian Houldershaw

Beliau juga telah membuka kedai emas Pilba Gold & Jewelry bersama mendiang suaminya dan sebuah restoran yang menyajikan makanan India Selatan iaitu LL Banana Leaf di Jalan Rubber, Kuching. Walaupun beliau membuka restoran makanan India, beliau menyediakan masakan Cina di rumah.

Sarawak Heroes: Lucy Lingam, Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak
Kedai LL Banana Leaf. Kredit: sixthseal.com
Sarawak Heroes: Lucy Lingam, Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak
Makanan di kedai LL Banana Leaf. Kredit: Foursquare

Dari Seorang Kapitan dan Akhirnya Penghulu

Sebelum dilantik menjadi penghulu, beliau ialah Kapitan dalam komuniti Cina dan telah berkhidmat dengan pelbagai badan termasuk Indian Association of Kuching, Sri Maha Mariamman Temple Kuching, Hindu Sangam Sarawak Chapter, dan Yayasan Pelajar Hindu Sarawak.

Lucy juga telah menubuhkan sebuah persatuan iaitu Sarawak Indian Women’s Association (SIWA). Beliau menubuhkan SIWA selepas dua anak perempuannya telah lulus sebagai doktor namun beliau merasakan bahawa tiada platform untuk menonjolkan kebolehan wanita India.

Lucy dilantik menjadi Penghulu India Kuching pada Januari 2019 sebagai Penghulu wanita India pertama di Sarawak. Kaum India di Sarawak ialah sebuah kaum minoriti yang berjumlah 7,000 hingga 10,000 orang di seluruh Sarawak.

Sarawak Heroes: Lucy Lingam, Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak
Kredit: Dayak Daily

Oleh sebab komuniti India agak kecil di Sarawak, beliau berharap kewujudan mereka lebih dikenali dalam masyarakat. Beliau juga berharap agar kerajaan dapat memberi cuti awam bagi sambutan hari Deepavali.

“I notice that as a Penghulu, I can reach out to the grassroots to share what the government has to offer.” – LUCY LINGAM

Walau bagaimanapun, perjalanan beliau dari awal sehingga menjadi Penghulu di Kuching penuh dengan liku kehidupan.

“Saya telah bertemu dengan ramai orang yang negatif. Kadangkala anda tidak akan mendapat sokongan dari orang. Sesetengah daripada mementingkan diri sendiri, mereka tidak mahu orang lain berjaya,” katanya dalam temu bualnya bersama New Sarawak Tribune pada tahun 2019.

Beliau mendedahkan bahawa beliau telah mengalami pengalaman di mana terdapat pihak yang ingin mensabotajnya. Beliau juga menerima keraguan daripada masyarakat sama ada Cina mahupun India dalam kerjayanya dalam bidang politik. Namun begitu, komuniti Cina mempercayakannya dengan menganugerahkan Lucy jawatan Kapitan. Kerajaan negeri pula mengakui usahanya dengan memberinya jawatan Penghulu.

Sifat Kepimpinan Yang Tinggi

Antara jawatan lain yang dipegang Lucy:

  • Pengerusi Biro Hal Ehwal Kaum India dalam Persatuan Ketua Kaum Cina Bahagian Kuching
  • Pengasas dan presiden SIWA dan Sarawak Silambam Association
  • Naib Pengerusi SUPP Batu Lintang
  • Ahli Sarawak Women and Family Council (MWKS)
  • Menerbit buku yang berjudul Sarawak’s Indian Woman Heritage yang memaparkan kecemerlangan 35 personaliti wanita India Sarawak, kebudayaan dan adat tradisi seperti adat perkahwinan dan adat berinai serta resipi masakan tradisional masyarakat India tempatan
Sarawak Heroes: Lucy Lingam, Penghulu Wanita Kaum India Pertama Di Sarawak
Pelancaran buku Sarawak’s Indian Women Heritage di Astana Sarawak. Kredit: BorneoTalk

Demikianlah warna-warni hidup seorang penghulu wanita India pertama di Sarawak dan Malaysia yang memartabatkan masyarakat India tempatan.

Rujukan:

Lam, Tania. (2019, Jun 18). Nation’s first Indian woman penghulu. New Sarawak Tribune. Diakses dari  https://www.newsarawaktribune.com.my 

Lam, Tania. (2019, Ogos 16). A remarkable feat. New Sarawak Tribune. Diakses dari  https://www.newsarawaktribune.com.my 

Ng Ai Fern. (2010, Nov 15). Lucy devotes time for social work after settling her family’s needs. The Star. Diakses dari https://www.thestar.com.my

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here