Nak pergi memancing di Pulau Satang atau nak santai-santai memancing tepi jeti je? Kini anda boleh membuat tempahan servis di 98 Fishing Village!

Bagi kaki pancing yang berada di Kuching, 98 Fishing Village telah menyediakan pakej menarik bagi mereka yang berminat untuk membuat sewaan bot mengikut destinasi yang ditawarkan oleh mereka.

Antara pengalaman yang dikongsikan oleh kaki pancing yang menggunakan servis 98 Fishing Village.

Spanish mackerel on vibe ZOTAS..Tq Tekong Jamal sudi bawa geng2 dari Kuching melayan ikan..sedikit @ banyak semua dh…

Posted by Ejan Bangau on Khamis, 23 Julai 2020

Halfday trip 23/7/2020..disebabkan cuaca pagi hujan lebat,trip terpaksa lewat keluar laut.. alhamdulillah,kalau dh…

Posted by Ejan Bangau on Khamis, 23 Julai 2020

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Ketahui 12 Tempat Makan Best Anda Wajib Kunjungi Di Sarikei

Trip Pulau Satang 05/20 membelah badai dan alun bersama Kapten Jethro dan pasukan nya x mengecewakan walaupun terpaksa…

Posted by 98 Fishing Village on Rabu, 24 Jun 2020

Strike petang sabtu Dr Seratok anglersVictor Kano Changgai n gang… Bukan sekadar barramundi mega tumpas tapi kerapu…

Posted by 98 Fishing Village on Sabtu, 29 Februari 2020

Ada dua pakej yang ditawarkan oleh 98 Fishing Village:

(A) Bot Pancing 25*5 kaki, 85HP (muat 4-5 orang)

Mereka juga menyediakan tekong bot, minyak dan ais.

  1. Sungai Santubong – Harga: RM350
  2. Casting, popping, micro jigging di Palak Sepang, Telok Belian & Arang – Harga: RM400
  3. Pulau Satang Kecil & Besar – Harga: RM500
  4. Batu Mandi dan sekitarnya – Harga RM550
  5. Kapal Jepun besar, kecil dan sekitarnya – Harga RM650
  6. Bas, Kapal Chung dan sekitarnya – Harga RM650
  7. Pusing kapal Jepun dan Buss – Harga RM750

(B) Bot Pancing 28*7 kaki, enjin 200hp (muat 6-7 orang)

Mereka juga menyediakan tekong bot, minyak dan ais.

  1. Popping, casting & micro jigging di Palak Sepang, Telok Arang dan Telok Belian – Harga RM600 (6-7 angler)
  2. Pulau Satang dan sekitarnya – Harga RM700 (6-7 angler)
  3. Batu Mandi, penyengat dan sekitar – Harga RM 770 (6-7 anglers)
  4. Kapal Jepun besar, kecik dan sekitar – Harga RM910 (6-7 anglers)
  5. Bas, kapal chung, gamma dan sekitar – Harga RM1,050 (6-7 anglers)
  6. Deepsea dekat – Harga RM1,350 (6 anglers)
  7. Deepsea atas – Harga RM1,500 (6 anglers)
  8. Ochui dekat – Harga RM1,350 (6 anglers)
  9. Ochui atas – Harga RM1,500(6 anglers)

Kalau tak nak ke laut, boleh memancing di jeti dan kolam secara PERCUMA di homestay

98 Fishing Village menyediakan Homestay Liyana. Ada dua pilihan:

  • RM200 semalam – satu bilik untuk empat orang beserta dapur dan bilik mandi
  • RM150 semalam – satu bilik untuk empat orang dan tawaran percuma memancing di jeti pancing pada sesi malam dan kolam pada sesi pagi sebelum keluar dari Homestay Liyana

Nah, kami kongsikan pengalaman pengunjung yang pernah menginap di Homestay Liyana.

#otaimasihberbisa itulah ungkapan yg mampu diberi kpd pak nek berusia 80 tahun. Kesempatan bermlm di Homestay LIYANA…

Posted by 98 Fishing Village on Khamis, 30 Januari 2020

98 Fishing Village juga menyediakan kemudahan lain seperti ruang solat, MM Mini Mart, kafe mini layan diri, dua tandas awam, BBQ set, karaoke, dan tempat parkir.

#happening Bersantai Di 98FV sambil memancing, bbq & karaoke. Terima kasih dan jumpa lagi lagi dimasa masa akan datang. Terima kasih Mal sekeluarga.

Posted by 98 Fishing Village on Selasa, 28 Januari 2020

Bagi yang berminat, boleh hubungi nombor yang tertera bagi tempahan bot.

  1. Adin Chee – 011-16485526
  2. Ejan Bangau – 010-5974828

98 Fishing Village

Alamat: Lorong Haji Mahaji, Kampung Sungai Lumut, 93050 Kuching, Sarawak

Ini adalah page 98 fishing village
Kredit: 98 Fishing Village (Facebook)

Tak rugi mencuba servis 98 Fishing Village. Bagi yang baru berjinak atau memang kaki pancing bolehlah pergi memancing di sekitar Kuching dengan tekong bot yang berpengalaman!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here