Etnik Bidayuh, salah satu sub-etnik Dayak yang terkenal di Sarawak. Mereka terdiri daripada sub-etnik yang berbeza mengikut tempat.
Sejarah Asal-usul Kaum Bidayuh
Kebanyakannya kaum Bidayuh mendiami sekitar kawasan Kuching dan Samarahan. Mengikut legenda, masyarakat yang disebut Bidayuh datang ke Sarawak dari Sungkong di Kalimantan, Indonesia kira-kira 20 generasi sebelum ledakan gunung Krakatoa (Hewitt,1961).
Lalu mereka menetap di kawasan Gunung Penrissen atau kini dikenali sebagai Borneo Heights. Namun apabila mereka telah diserang oleh perompak dan lanun mereka mencari perlindungan dengan berhijrah semakin jauh ke pedalaman. Keadaan ini menyebabkan mereka dipanggil sebagai Land Dayak ataupun Dayak Darat disebabkan kedudukan tempat kediaman mereka jauh di kawasan pergunungan.
Disebabkan sifat kelembutan mereka, kumpulan ini sering ditindas dan menjadi mangsa buruan kepala manusia pada zaman dahulu yang berlaku secara berleluasa. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga daripada menjadi mangsa keganasan masyarakat Bidayuh memilih untuk pergi jauh ke kawasan pedalaman sehingga ke kawasan pergunungan.
Sub-etnik Bidayuh di Sarawak
Etnik Bidayuh terdiri daripada sub-sub etnik yang berbeza dan mempunyai dialek mereka tersendiri dan berbeza dengan yang lain mengikut tempat, iaitu:
1. Salako/Lara
Bagi masyarakat Bidayuh Salako/Lara mereka berasal dari daerah Lundu, Kuching.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Kenali Asal Usul Setiap Keturunan Etnik Melayu Sarawak, Tak Ramai Orang Tahu
2. Bidayuh Jagoi/Singai
Kebanyakan Masyarakat Bidayuh Jagoi/Singai mendiami sekitar Daerah Bau, Kuching.

3. Bidayuh Biatah
Manakala bagi bidayuh Biatah pula kebanyakan mereka mendiami daerah kecil Padawan.

4. Bidayuh Bukar/Sadong
Seterusnya bagi masyarakat Bidayuh Bukar/Sadong, populasi mereka tertumpu di Daerah Serian, Kuching.

Komuniti di Sarawak berbilang kaum. Meskipun begitu, keharmonian penduduk di negeri ini masih kukuh. Justeru itu, apa kata kita perkasakan pengetahuan kita mengenai adat budaya kaum lain supaya kita saling menghormati meskipun berbeza budaya dan agama.
Rujukan:
John H. (1960). The First Land Dayaks Museum Journal, 10 (17).