Kalau korang nak lari daripada realiti kehidupan untuk sementara, cubalah Beccari Discovery Trail yang boleh menjamin ketenangan!

Beccari Discovery Trail sesuai bagi anda yang suka akan keindahan alam semula jadi. Anda bukan sahaja menikmati ketenangan di sepanjang perjalanan bahkan terdapat maklumat yang berguna bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Beccari Discovery Trail!

Ia mempunyai 12 papan tafsiran yang memberikan maklumat mengenai beberapa haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mungkin kita akan lihat di sepanjang perjalanan melalui trail tersebut.

Ini merupakan trail yang terdapat sepanjang trail tersebut
Kredit: Anastasia Anna Bintang / sukasuka.tv

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Nak Memancing Di Laut? 98 Fishing Village Kuching Tawar Pakej Mulai RM350

Perjalanan sejauh 3.2 km yang mengambil masa sejam lebih melalui jalan lama dari Kampung Matang ke laman rumah ladang Beccari di mana tempat ahli alamiah Itali Odoardo Beccari menghabiskan masa bagi mengkaji pokok, serangga dan kulat.

signboard trail yang dikaji oleh ahli alamiah Itali Beccari di Beccari Discovery Trail, trail yang dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi
Kredit Anastasia Anna Bintang / sukasuka.tv

Nama Sempena Ahli Alamiah Odoardo Beccari

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Beccari Discovery Trail merupakan satu denai bersejarah yang dinamakan bersempena Odoardo Beccari, ahli alamiah Itali yang terkenal. Friends of Sarawak Museum (FoSM), satu kumpulan sukarelawan serta Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperkenalkannya sebagai tempat pelancongan serta bagi memperingati ulang tahun kematian Beccari yang ke-100 tahun.

Ahli alamiah terkenal di Borneo
Kredit: www.touringclub.it

Jejaki kuil Hindu yang telah dibina pada tahun 1890

Kuil Hindu Sri Maha Mariamman merupakan peninggalan warisan nenek moyang masyarakat India yang beragama Hindu pada masa dahulu yang telah dibawa ke Sarawak. Masyarakat India pada zaman penjajahan Brooke telah mengusahakan ladang kopi pada tahun 1860 dan 1870 di Gunung Matang.

Selepas melalaui Beccari Discovery Trail, anda akan jumpa Sri Maha Mariamann Hindu Kuil
Kredit: Anastasia Anna Bintang / sukasuka.tv

Kuil ini telah dibina semula pada tahun 1890 dan dibuka semula untuk tujuan bagi aktiviti keagamaan bagi masyarakat India. Ia telah dipulihkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak semula pada tahun 2011. Kuil ini juga telah menjadi tumpuan ramai pengunjung tempatan terutamanya semasa perayaan iaitu Deepavali.

Kuil bagi aktiviti keagamaan
Kredit: Sarawak Edition

Bagi sesiapa yang mahu menikmati pemandangan yang indah daripada Kuil Hindu Sri Maha Mariamman, bolehlah datang ke sini!

Pemandangan daripada atas Kuil bagi yang suka melihat keindahan alam semula jadi
Kredit: Sarawak Edition

Wah! Tak sangka banyak lagi tempat menarik yang ada di Kuching yang anda patut kunjungi.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here