Bunga kantan banyak digunakan sebagai ramuan dalam masakan disebabkan aromanya yang memukau. Namun begitu, ia juga mempunyai kegunaan lain yang mampu memberi manfaat terhadap aspek kesihatan.

Bunga kantan atau Etlingera elatior yang juga dikenali sebagai bungan siantan ialah sejenis tanaman herba liar. Ia digunakan dalam masakan dan juga perubatan tradisional. Ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri terutamanya dari aspek kesihatan bagi ramai yang tidak tahu.

Nama Inggerisnya pula dikenali sebagai torch ginger atau red ginger lily. Ia tergolong dalam keluarga halia iaitu Zingiberaceae.

Menurut Ong (2008) melalui buku ‘Rempah-ratus: khasiat makanan & ubatan’, setiap bahagian iaitu buah, bunga, daun, rizom daripada bunga kantan mempunyai khasiat yang sendiri.

Mengikut petua tradisional, antara khasiat bunga kantan ada banyak, termasuk:

1. Membantu mengubati sakit telinga

Orang yang mengalami masalah sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan bunga kantan. Caranya adalah dengan merebus bunga kantan selama beberapa minit. Kemudian, selepas air rebusan tersebut sejuk, titikkan air tersebut ke dalam telinga. Dengan mengamalkan selalu, ia dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat bengkak dan juga masalah telinga berair.

selain masakan, inilah khasiat bunga kantan yang bagus kesihatan contohnya sakit telinga
Sumber: alodokter.com

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Suka Makan Kacang Ma? Ini 3 Kebaikan Yang Perlu Anda Ketahui

2. Menghilangkan bau badan wanita selepas bersalin

Selain itu, bunga pula dipercayai berkesan untuk menghilangkan bau badan terutama wanita yang baru lepas bersalin.Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Selepas itu, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk akan digunakan sebagai air mandian. Ia juga membantu untuk menyegarkan badan.

bau badan wanita
Sumber: deherba.com

3. Mengekalkan awet muda

Menurut petua orang tua-tua, jika anda mengamalkan memakan bunga kantan secara mentah dapat membantu mengekalkan awet muda. Maka, anda digalakkan memakan bunga kantan secara mentah terutamanya bagi golongan wanita.

awet muda
Sumber: halodoc.com

4. Membantu mengubati pesakit gout

Bagi yang pesakit yang mengalami gout, air rebusan 3 batang kuntum bersama 4.5 liter air perlu dimasak dan kemudian diminum selama 3 hari berturut turut. Ia boleh menyembuhkan bengkak di sendi akibat gout.

5. Digunakan sebagai ramuan dalam masakan

Tidak asing lagi, ia juga banyak digunakan dalam masakan. Sebagai contoh di Semenanjung, masakan seperti asam laksa, nasi kerabu, asam pedas dan sebagainya. Manakala, di Sarawak ia banyak digunakan dalam masakan seperti manok pansuh. Ini adalah kerana ia mempunyai bau yang wangi dan membantu untuk membangkit aroma dalam masakan.

masakan ayam pansuh yang baik untuk kesihatan malah untuk khasiat tubuh badan
Kredit: borneotalk.com

Wow, rupanya banyak khasiat bunga kantan ni, bukan setakat dalam masakan sahaja malah untuk tujuan perubatan.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Rujukan:

Ong, H. C. (2008). Rempah-ratus: Khasiat makanan & ubatan. Diakses 29 Julai 2020, daripada https://books.google.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here