Nak tahu apa yang menarik kisah dua orang adik beradik ini dengan pokok yang tumbuh di Siburan?

Hikayat Legenda Sarawak ini menceritakan kisah dua orang beradik Sikadut dan Sipungut dan pokok di Siburan yang merupakan hadiah kepada mereka daripada Pak Ular. Mereka merupakan anak kepada perkahwinan Sibarun dan seorang gadis Bidayuh yang tinggal berdekatan dengan Sungai Sarawak sejak beratus tahun dahulu. Sibarun merupakan anak kepada Rajah Manggeng dari Jawa.

Perkahwinan Sibarun dengan isterinya
Gambar sekadar hiasan. Sumber: https://www.cikguhailmi.com

Pada suatu hari, Sibarun ingin membawa mereka berjumpa dengan datuk mereka di Jawa tetapi tidak kesampaian. Semasa pelayaran, ribut yang amat dahsyat telah menenggelamkan kapal mereka. Kedua ibu bapa Sikadut dan Sipungut meninggal dunia dalam pelayaran itu.

Sikadut dan Sipungut pun kembali semula ke rumah panjang di Siburan. Kehidupan mereka kini menjadi sukar selepas ibu bapa mereka meninggal dunia. Hal ini kerana orang kampung menaruh perasaan dengki disebabkan mendiang bapa mereka seorang bekas Rajah. Mereka dituduh malas bekerja tetapi dakwaan itu tidak benar sekali.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Hikayat Legenda Sarawak: Akibat Minggi Si Penipu, Cerucuk Pembohong Dibina

Kapal mereka telah karam. Sikadut dan Sipungut telah terselamat tetapi ibu bapa nya meninggal.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: m.hitekno.com/

Pada suatu hari, Sikadut dan Sipungut telah menolong seekor ular terperangkap oleh duri-duri yang terdapat pada pokok tersebut. Sebagai tanda terima kasih, ular tersebut telah menghadiahkan mereka dua sisik perak.

Mereka telah menanam sisik perak yang diberi oleh ular tersebut di atas gunung mengikut petua yang diberi Pak Ular tersebut.

Apabila pokok ini tumbuh, seorang penduduk kampung telah menemuinya dan menghebohkan kepada semua tetapi pokok ini tumbuh semakin tinggi.

Oleh sebab itu, Sikadut dan Sipungut telah dibawa sekali dan mereka diberi layanan yang amat istimewa oleh penduduk kampung.

Dengan sendirinya, pokok ini semakin rendang dan barangan berharga yang bergantung pada dahan boleh dicapai oleh mereka. Pokok ini dipenuhi dengan barangan seperti meriam, kotak kuning sirih yang berkilau-kilau di bawah cahaya matahari dan leher manik berharga terlilit di sekeliling batang pokok.

Hikayat Legenda Sarawak iaitu pokok ini dipenuhi dengan barangan beharga seperti gong, kotak sirih dan sebagainya
Sumber: Sarawak Folktales, Heidi Munan

Barangan berharga itu telah dibahagikan sama rata dalam kalangan penduduk kampung. Seorang penduduk kampung iaitu Sidiaa marah dan menyepak pokok tersebut kerana mendapat pasu yang retak.

Dengan tiba-tiba kilat menyabung. Kedengaran pula bunyi dentum yang kuat. Pokok tersebut telah rebah ke tanah. Puncaknya yang masih sarat dengan barang berharga rebah di sebelah sebuah kampung di Sikung. Sejak itu, tiada seorang pun penduduk di Siburan mendapat hadiah daripada pokok itu.

Oleh sebab itu, orang di Sikung sentiasa mengadakan upacara penghormatan untuk pokok balsa itu bila mereka mengadakan pesta.

Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dengan semua orang apatah lagi dengan anak-anak yatim piatu. Percayalah, setiap kebaikan akan dibalas mungkin dari segi kesihatan, kedamaian hati, kemudahan dan harta.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here