5G Test Bed dan Huawei Advanced Training Programme 2020 dilancarkan di Centre Of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS), Kuching.

CENTEXS, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) telah bekerjasama dengan Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Huawei Technologies, MAXIS, SACOFA, EON Reality dan VALSA dalam menghasilkan program ini.

5G Test Bed ini merupakan salah satu langkah pendekatan progresif ke arah transformasi ekonomi digital oleh kerajaan negeri Sarawak selaras dengan Strategi Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 yang dirangka sehingga 2030.

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Menurut kenyataan Ketua Menteri Sarawak kepada The Borneo Post, tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan perkhidmatan teknologi 5G untuk rakyat Sarawak.

Beliau berkata, “Ini mungkin memerlukan masa lima hingga 10 tahun untuk membangunkannya. Menjelang tahun 2030, kita akan mempunyai infrastruktur tersebut.”

Baca lebih lanjut >>> Borneo Post Abg Jo: S’wak will install 5G infrastructure within next 10 years

Ini merupakan beberapa gambar semasa upacara pelancaran tersebut:

Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan diadakan secara virtual bersama MAXIS, EON Reality dan Huawei.
SDEC akan melaksanakan pengembangan digital di Sarawak.
Salah satu hasil projek digital yang telah dihasilkan oleh CENTEXS.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Sarawak Rancang Tanam Reef Ball Terpanjang Di Dunia, Ini Yang Anda Perlu Tahu

CENTEXS Digital Hub juga merupakan satu makmal yang akan menguji keberkesanan digital di Sarawak.
Makmal yang diuruskan oleh SDEC.