Bagi sesiapa yang ingin berehat sambil melancong dan menikmati keindahan Sarawak, jangan lepaskan promosi kempen ini!

Kempen Sia Sitok Sarawak memberi tawaran promosi kepada warga Sarawak dan pemastautin di Sarawak yang mempunyai permit kerja sah untuk mengalami serta menikmati keindahan di bumi Kenyalang ini dengan diskaun sehingga 50 peratus.

Sarawak Tourism Board (STB) telah mengumumkan Kempen Sia Sitok Sarawak yang akan menawarkan lebih daripada 30 tarikan dan aktiviti menarik di Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Mulu.

Kempen Sia Sitok telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah
Perasmian ‘Kempen Sia Sitok’ telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah. Kredit: Dahlia/sukasuka.tv

Pakej ini merangkumi lawatan sehari dan lawatan semalaman serta pakej pelancongan dengan penginapan dan makanan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Pelancaran 5G Test Bed Yang Pertama Di Sarawak!

Tambahan pula, pakej ini ditawarkan kepada pelancong tunggal, berpasangan, keluarga dengan anak-anak, percutian hujung minggu, bermain golf, menyelam atau untuk menikmati alam semula jadi. Ia pasti dapat memenuhi kehendak setiap orang.

STB menawarkan pakej dan aktiviti menarik termasuk:

  • Sarawak Sunset River Cruise
  • Irrawady Dolphin River Cruise di Santubong
  • Bird Watching di Taman Negara Kubah
  • Lawatan sambil menyelam di Pulau Satang
  • Evening Kuching Wetland Tour
  • Taman Negara Bako
  • Lawatan ke Taman Negara Tanjung Datu
  • Miri Golfing di Eastwood Golf Club
  • Pakej Menyelam (3H/2M)
  • Lawatan ke Sungai Rajang dan Rumah Panjang
  • Lawatan ke perkampungan Bintangor & Sarikei
  • Bintulu Explorer (2H/1M)
  • Menerokai Mukah – kediaman Melanau (3H/2M)
  • Silabur Caving & Hiking
  • Pakej bermalam di Kg Sting
  • dan macam-macam lagi!
Antara salah satu tarikan yang ditawarkan dalam Kempen Sia Sitok
Sarawak Sunset River Cruise. Kredit: www.lonelyplanet.com
Silabur Cave juga ditawarkan sebagai pakej dalam Kempen Sia Sitok
Silabur Cave. Kredit: www.feelmalaysia.com

Kempen Sia Sitok Sarawak dibuka untuk tempahan mulai sekarang hingga 15 Oktober 2020. Orang ramai boleh menikmati pakej ini sehingga hujung tahun ini. Tempahlah sekarang bagi mendapatkan diskaun sehingga 50%.

Kempen ini akan memberi keutamaan kepada pekerja barisan hadapan Sarawak termasuk pekerja hospital, doktor dan jururawat asing, Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Tentera Darat, APMM, bomba, kakitangan SDMC dan lain-lain terbabit dalam usaha bantuan COVID-19 sebagai penghargaan kepada dedikasi mereka dalam mengawal jumlah kes.

Bagi sesiapa yang berminat, untuk pertanyaan lebih lanjut anda boleh ikuti Facebook Page: Sarawak Travel, Malaysia, Borneo

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here