Penerbit filem Malaysia, Bea Tanaka dan suaminya pengarah filem Jepun, Yasu Tanaka sedang membuat 10 bengkel penulisan skrip secara percuma! Baca lanjut untuk mengetahui cara untuk mendaftar ke bengkel mereka.

SMA Creative Heritage Innovation Centre sedang mengadakan 10 bengkel bersama 42nd Pictures Sdn Bhd milik Yasu Tanaka dan Bea Tanaka sehingga Disember tahun ini.

Yasu Tanaka dan Bea Tanaka akan membuat bengkel menulis skrip bagi sesiapa yang beminat untuk membuat filem yang akan dianjurkan oleh SMA Creative Heritage Innovation Centre.
Sumber: Facebook Page SMA Creative Heritage Innovation Centre

Bengkel seterusnya akan dianjurkan pada 27 Ogos 2020 secara atas talian, anda boleh daftar sekarang!

Terbalik

Kenali lebih lanjut 42nd Pictures

Syarikat produksi filem 42nd Pictures Sdn. Bhd. dimiliki oleh Yasu Tanaka dan Bea Tanaka telah melakar sejarah dalam industri tempatan apabila filem keluaran produksi mereka iaitu ‘Terbalik’ telah mendapat hak cipta pembuatan semula di 34 buah negara.

Menerusi penerbitan semula filem ‘Terbalik’ di negara lain, 42nd Pictures akan mendapat royalti untuk penerbitan dan royalti kutipan.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Minat Menulis? Sertai 18 Program Menarik Atas Talian Sempena Sarawak Authors Festival 2020!

42nd Pictures Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan entiti pembiayaan dengan produksi, Ivanhoe Pictures yang berpangkalan di Amerika Syarikat menghasilkan semula filem tersebut dengan hak pembuatan di 34 buah negara termasuk Perancis, United Kingdom, China, Korea Selatan India dan Sepanyol.

Know what sets a novel and a script apart. Learn how to write a screenplay the right way!27 Aug 2020 (Thurs) @ 10 am REGISTER HERE: https://chic-scriptwriting2020.eventbrite.com/

Posted by SMA Creative Heritage Innovation Centre on Jumaat, 21 Ogos 2020

 

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui tips untuk membuat skrip yang bagus, jangan lepaskan peluang sertai bengkel bersama Yasu Tanaka & Bea Tanaka!

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here