Rasa gemuruh sampai nak pengsan apabila mahu bercakap di depan kamera? Tiba-tiba blur dan tak tahu cakap apabila di hadapan orang ramai.

Untuk menjadi pengacara hebat, ketahuilah rahsia bersama Salleh Mohidin yang merupakan pengasas kepada VM Creative Consultants. Pada mulanya, beliau telah melibatkan diri dalam bidang pengacaraan dalam majlis yang kecil, jerayawara di pusat membeli-belah dan majlis perkahwinan sejak tahun 2007 lagi.
Minat Salleh Mohidin telah membuatkan beliau memulakan bisnes dalam bidang pengacaraan dan pengurusan acara. Selain itu, beliau telah melibatkan diri selama 15 tahun dalam kerjaya ini iaitu sejak zaman universiti lagi.
Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Teringin Nak Jadi Penulis Skrip? Sertai Bengkel Yasu Tanaka & Bea Tanaka Secara Percuma!
Antara pencapaian terbaiknya iaitu menjadi pengacara majlis untuk Sarawak Youth Forum semasa Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan.
VM Creative Consultants juga telah membuat sesi webinar iaitu VMCHATS! Bagi ingin mengetahui lebih lanjut, boleh ikuti Instagram VM Creative Consultants.

Bagi sesiapa yang berminat, nak jadi pengacara hebat bolehlah sertai Bengkel: Membina Personaliti Sebagai Pengacara Majlis bersama Salleh Mohidin. Bengkel ini akan diadakan di SMA Creative Heritage Innovation Centre dan juga secara atas talian bagi sesiapa yang ingin berminat untuk menyertainya.
Tiket sudah habis? Usah risau, kami juga menyediakan sesi webinar secara langsung di Facebook!Membina Personaliti…
Posted by SMA Creative Heritage Innovation Centre on Khamis, 20 Ogos 2020
Ingin saksikan antara acara yang telah diacarakan oleh Salleh Mohidin, anda boleh tonton di sini!