CHELUM, produk ‘ori’ Sarawak semakin mendapat tempat di hati penggemar coklat. Dihasilkan dalam aneka perisa seperti tebaloi,  sagu, lada hitam, terung asam dan rempah-ratus, jenama snek ini menawarkan rasa eksotik Sarawak.

coklat chelum sarawak dan bakul traisional masyarakat dayak
Sumber: Facebook Amanda Rania Zafreen

Merupakan cetusan idea usahawan kelahiran Kuching yang kini berusia 44 tahun, ‘Kak Semah’ (Puan Noor Asmah binti Mohamed) memulakan perniagaan coklatnya sebagai D’Hana Borneo Bean pada tahun 2018, dan dijenamakan semula sebagai CHELUM pada penghujung tahun kemudiannya.

Kak Semah telah menerima latihan kemahiran dalam pembuatan pastri pada tahun 2009 daripada Akademi Bakeria Ria yang bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga telah mengikuti program usahawan di bawah bimbingan Lembaga Koko Malaysia pada tahun 2012.

expo makanan MITEC Sarawak

Sumber: Kak Semah

Siapa sangka hobi masa lapang jadi perniagaan sepenuh masa? Sekitar tahun 2012 – 2013, Kak Semah mulanya membuat lolipop coklat sekadar suka-suka untuk dibawa anak-anak ke sekolah untuk dijual.

Namun, permintaan yang semakin meningkat saban hari membuatkan beliau terfikir untuk bergiat sepenuh masa dalam perniagaan penghasilan coklat.

Berbekalkan semangat dan ilmu di dada, Kak Semah tekad meneruskan impiannya untuk berniaga coklat sepenuh masa.

 

chocolate lolipop untuk door gift
Sumber: Facebook Amanda Rania Zafreen

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Tahu Tak Liberica, Spesies Kopi ‘Rare’ Ada Ditanam Di Sarawak? Ketahui Sejarahnya Di Sini

Variasi perasa yang unik, bagaimana tercetusnya idea?

Kak Semah sendiri penggemar tegar coklat, tetapi timbul keraguan status halal jenama coklat kegemarannya. Justeru, beliau terfikir, “Apa kata buat sendiri coklat eksotik ‘ori’ Sarawak?”

Usaha R&D untuk menghasilkan kombinasi bahan mentah tempatan dengan coklat yang tepat bukanlah mudah. Ia mengambil masa yang panjang, namun penat lelah beliau berbalas kejayaan apabila jenama CHELUM mampu menghasilkan 5 pilihan perisa coklat yang unik.

Sagok Pearl sebagai contohnya berbeza daripada bubble rice chocolate, begitu juga perisa Blackpepper Seeds berbanding perisa biasa, peppermint.

biji sagok
sumber: Kak Semah

Tebaloi Crunch pula diinspirasikan daripada wafer chocolate, manakala periza Lazeez Spice yang diperbuat daripada rempah ratus adalah ‘rare’ berbanding coklat-coklat jenama lain.

Selain itu, sayur terung asam yang kebiasaannya dihidangkan sebagai lauk digunakan untuk menghasilkan perisa Tiong Delight yang dilihat mampu bersaing dengan perisa coklat sedia ada berasaskan beri.

terong asam setelah melalui proses R&D
Sumber: Kak Semah

Menurut Kak Semah, kesemua bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan coklat CHELUM adalah diperolehi daripada pengusaha tempatan seluruh Sarawak. Justeru, secara tidak langsung, perniagaan beliau turut membantu untuk meningkatkan pendapatan usahawan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) tempatan.

Jenama coklat CHELUM kini telah menambat hati bukan sahaja penggemar coklat di Sarawak, malahan juga telah menembusi pasaran seluruh Malaysia.

Wow! Sebagai anak Sarawak, admin cukup berbangga dengan pencapaian Kak Semah dan jenama CHELUM yang berdaya saing setanding dengan jenama coklat lain di pasaran.

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri keenakan coklat CHELUM, anda boleh membuat tempahan dengan melawati Facebook Amanda Rania Zafreen. 

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here