Kisah dongeng mengenai kelicikan Sang Kancil dan Si Kura-kura memperdayakan manusia untuk mengelakkan dibunuh setelah tertangkap mencuri mangga.

Jika diteliti, negara kita memiliki banyak cerita rakyat yang menarik. Watak-watak dalam kisah dongeng ditampilkan dalam pelbagai bentuk berupa samada binatang, manusia ataupun dewa yang setiap satunya mempunyai tauladan dan pengajaran yang ingin disampaikan.

Antara watak haiwan yang kerap digunakan dalam penceritaan ialah kancil dan kura-kura. Watak Sang Kancil bukan sahaja dikaitkan dengan kecerdikan, tapi licik dan suka berbohong manakala kura-kura seringkali tampil sebagai mangsa kelicikan haiwan-haiwan lain disebabkan sifat lembabnya.

si kancil yang cerdik menipu kura-kura
sumber: wikipedia

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Hikayat Legenda Sarawak: Kisah Burung Pong Kapong Ada Pantang Larang Ikan Juak

Alkisahnya, pada suatu hari, Sang Kancil yang sedang menuruni bukit terserempak dengan Si Kura-kura yang baru mendarat ke tebingan sungai.

Saling bersapa antara satu sama lain, Si Kura-kura kemudiannya bertanya kepada Sang Kancil, “Selamat pagi Kancil! Kau dah sarapan ke belum?”.

Lalu, Sang Kancil menjawab, “Selamat pagi kura-kura! Belum lagi. Aku masih mencari sesuatu yang sedap untuk dimakan. Kau dah makan ke?”.

Pokok mangga yang ranum

Disebabkan kedua-duanya masih belum makan, mereka memutuskan untuk mencari makanan bersama-sama.

Tiba-tiba Sang Kancil berkata, “Aku pernah nampak sebuah pohon pokok mangga tidak jauh dari sini dan buah-buahnya kelihatan ranum sekali, tapi, aku tidak boleh mendapatkannya kerana pokoknya terlalu tinggi”.

Si Kura-kura berkata bahawa dia tidaklah begitu hebat memanjat disebabkan kakinya yang pendek. Namun, akibat terlalu lapar, Si Kura-kura menggagahkan dirinya untuk memanjat pokok tersebut.

pokok mangga yang memiliki buah ranum mempunyai
Sumber: Vanilla Kismis

Setelah tiba di tempat yang dikatakan oleh Sang Kancil tadi, apa yang mereka lihat bukanlah hanya sebatang pohon mangga namun sebuah kebun yang dijaga dengan penuh rapi, tanpa sebarang semak samun di sekelilingya.

Si Kura-kura kemudiannya berkata, “Mungkin kebun ini dimiliki oleh manusia. Tengoklah, ia kelihatan begitu bersih! Mereka mesti marah kalau kita curi buah di sini”.

“Tak payah la kau hiraukan manusia bodoh itu,” kata Sang Kancil sambil ketawa. “Mereka semua telah pergi ke sungai,” tambahnya lagi.

“Semua mereka pergi ke?” tanya kura-kura penuh kerisauan.

“Iye.. Dah! Kau pergi sana panjat pokok!” arah Sang Kancil lagi.

Meskipun berasa risau, Si Kura-kura tetap terus memanjat untuk mendapatkan buah mangga yang tumbuh ranum pada pokok tersebut. Setelah selesai, Sang Kancil membahagikan buah mangga kepada dua bahagian untuk kedua-dua mereka.

“Satu untuk kau, satu untuk aku!”

Tanpa mengendahkan larangan Si Kura-kura, Sang Kancil meneruskan mengira  dengan suara yang nyaring. Kedua-dua mereka saling berbalas kata dek kerana kedegilan Sang Kancil.

Kancil : Satu untuk kau, satu untuk aku!

Kura-kura : Shhh… perlahankan suara kau! Aku tak nak nanti ada manusia yang dengar.

Kancil : Kau tak payah risau la.. Mereka semua pergi memancing.

Sebenarnya, Sang Kancil memperdaya Si Kura-kura. Tidak semua penduduk di situ pergi memancing ke sungai, sebaliknya ada sebahagian yang masih lagi berada di rumah panjang yang terletak berdekatan dengan kebun tersebut.

Terdengar bunyi bising datangnya dari kawasan kebun, penduduk rumah panjang tersebut bergegas ke arah kebun mereka kerana risaukan tanaman dicuri. Apabila mendengar bunyi detapan kaki manusia, Sang Kancil meluru berlari menyelamatkan diri manakala Si Kura-kura yang lembab hanya mampu bersembunyi.

Setelah sampai di sana, penduduk rumah panjang melihat ada tinggalan buah mangga yang dilapik dengan daun pisang. Mereka kemudiannya melilau di kawasan sekeliling untuk mencari pencuri buah mangga.

Mari kita bunuh kura-kura ini!

kura-kura bewarna coklat
sumber: newlands.ie

“Ini dia pencuri buah mangga kita!” kata salah seorang daripada mereka sambil mengangkat Si Kura-kura. “Mari kita bunuh kura-kura ini dan bakar ia di atas api yang marakm” sambut seorang lagi daripada kalangan mereka.

Kura-kura pun menjawab, “Iya, silakan. Tapi, tolong pastikan ia betul-betul panas. Sebelum ini, manusia pernah membakar aku namun hanya bahagian luar cangkerang sahaja yang hangus manakala bahagian bawah ini masih putih bersih.”

“Hei, kita tak boleh membaling dia ke dalam api. Ia tidak mampu musnahkan haiwan ini. Apa kata kita masukkan dia ke dalam mesin tebu?” cadang salah seorang mereka.

“Iya..ya.. Tolong masukkan saya dalam mesin tebu,” kata kura-kura penuh keriangan.

“Tapi, kali ini pastikan mesin tersebut cukup kuat sebab sebelum ini ia hanya meretakkan cengkerangku sahaja,” sambung kura-kura lagi sambil menunjukkan alur yang terdapat pada cengkerangnya.

“Hmm.. kalau begitu mari kita lemaskan dia ke dalam sungai!” kata salah seorang daripada penduduk tersebut.

Kura-kura menjerit lalu berkata, “Tidak! Tolong jangan lakukan perkata begitu kejam. Air sungai yang sejuk tak baik untuk kesihatan aku dan akan membuatkan aku sakit,” rayunya sambil pura-pura menangis.

“HAHA! Sekarang kami tahu apa yang perlu lakukan pada kamu. Dah! Kita lemaskan sahaja kura-kura ini dalam sungai,” kata penduduk rumah panjang itu.

Lalu, mereka pun membaling Si Kura-kura ke dalam sungai. Penuh gembira, kura-kura berenang ke tengah sungai untuk menyelamatkan diri.

Setelah berada di tengah sungai, Si kura-kura pun menjerit.

“Terima kasih kawan baik ku! Sungai ini rumahku, kalian begitu baik mengembalikan ku ke rumah! Selamat tinggal!” 

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here