Pesta jualan buku terbesar di Malaysia kembali lagi, kali ini dengan normal baharu! Dulu, golongan ulat buku sanggup bersesak-sesak untuk mendapatkan buku kegemaran mereka. Namun, tahun ini ‘shopping’ buku semudah satu klik sahaja.

Bermula pada skala sederhana di Dataran Hamodal dan Amcorp Mall (Petaling Jaya) pada tahun 2009, siapa sangka pesta buku idea anak Malaysia ini mampu melebarkan sayap sehingga ke negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Taiwan, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu.

Saban tahun, pastinya ramai di kalangan kaki buku tertunggu-tunggu acara besar-besaran ini. Jutaan naskhah buku berjaya terjual di Big Bad Wolf Book Sale di serata lokasi. Namun, ramai sedia maklum, kita sekarang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

acara jualan buku tahunan big bad wolf, anda boleh online shopping
sumber: Laman web Big Bad Wolf

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Bagaimana Pramugari Sarawak Ini Akhirnya Jadi Penulis Buku Kanak-kanak

Justeru, mengambil kira keadaan semasa, pihak pengurusan Big Bad Wolf Book Sale Malaysia telah memutuskan untuk mengambil pendekatan selamat. Jualan buku kali ini akan diadakan secara online, mulai 4 November sehingga 11 November 2020.

Kira-kira 40 ribu tajuk dan lebih 20 juta buku dengan diskaun sehingga 90% ditawarkan kepada pembeli Big Bad Wolf Book Sale Malaysia pada musim ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku-buku yang akan dijual atas talian, anda boleh kunjungi laman rasmi Big Bad Wolf. 

Wow berbaloikan? Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan acara ini. Mari kita terapkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here