Hasil gubahan semula Yume Suryani bersama AdepNett, kini lagu patriotik Muhibah tampil dengan nafas baharu dan susunan muzik yang lebih segar.

Lagu Muhibah antara lagu patriotik yang sering dimainkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada awal tahun 1970-an. Ia merupakan lagu ciptaan Saiful Bahari dan dinyanyikan oleh Jamaluddin Alias secara beramai-ramai dalam bentuk koir.

Berikut ialah nyanyian lagi Muhibah:

Tahukah anda, lagu Muhibah sebagai alat penyatuan bangsa?

Pada awal tahun 1970-an, setiap pagi seluruh pelajar sekolah akan diminta untuk menyanyikan lagu Muhibah besama-sama. Ia dilakukan selepas upacara nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi negeri. Ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum di negara ini selepas berlakunya kejadian berdarah 13 Mei 1969.

Selain itu, bacaan ikrar prinsip Rukun Negara turut dijadikan sebagai amalan pada ketika itu demi menyemat semangat patriotisme dalam diri anak-anak.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Saksikan Pahlawan Dayak Sarawak Dalam Filem Seram Zombi Pertama Malaysia, ‘Belaban Hidup Infeksi Zombie’!

Kenali Yume Suryani & AdepNett

Yume Suryani ialah salah seorang personaliti TVS yang sangat berbakat. Beliau bukan sahaja seorang pengacara yang hanya mampu beraksi di hadapan lensa kamera malahan turut aktif melakukan aktiviti di belakang tabir.

Selain itu, beliau turut berpengalaman dalam industri muzik sejak 10 tahun yang lalu dan pernah terlibat dengan beberapa band lokal sebagai pemain bass.

Sumber: tvstv.my

Selain daripada Yume, AdepNett antara individu penting yang bersama-sama membantu dalam menggubah semula alunan muzik bagi lagu Muhibah. Beliau juga turut mempunyai studio rakaman sendiri yang dikenali sebagai Nett Music Production.

Maka, kali ini SukaSuka berpeluang menemuramah salah seorang penggubah lagu Muhibah iaitu Yume Suryani bagi berkongsi tentang rahsia di sebalik gubahan semula lagu ini.

Mengapa Muhibah jadi pilihan untuk diberi nafas baharu?

Apabila ditanya mengenainya Yume menjawab lagu Muhibah begitu sesuai untuk menggambarkan simbolik perpaduan di negara ini.

Selain itu, bagi Yume lagu Muhibah ini mempunyai sentimental value tersendiri untuknya. Pada 2 tahun lalu Yume bersama rakan-rakan TVS pernah menyanyikan lagu ini, di mana pada ketika itu TVS hanyalah sekadar portal digital sebelum membentuk stesen televisyen yang sedia ada.

anggota yang terlibat dalam pembikinan muzik video muhibah oleh Yume Suryani bersama TVS
Kredit: Yume Suryani

Kenangan TVS Sumber Inspirasi Lagu Muhibah

Menurutnya lagi menerusi lagu Muhibah iabeliaumengimbau kembali kenangan dan cabaran yang tempuhi mereka ketika itu. Justeru secara tidak langsung lagu tersebut telah menjadi sumber inspirasi buat Yume dan rakan-rakan bagi memberi nafas baharu.

Maka, Yume bersama rakan-rakan telah menggubah semula susunan muzik lagu Muhibah dengan memfokuskan tema fresh & inspiring. Mereka memilih untuk menggabungkan elemen moden dan kontemporari dalam alunan muzik lagu kali ini agar mampu menjadi halwa telinga buat generasi muda.

Anda boleh menonton muzik video lagu Muhibah (2020) hasil gubahan semula Yume dan AdepNett serta turut dinyanyikan semula oleh Yume bersama-sama personaliti TVS Alia Tenor dan Luqman Muhammad pada video yang dikongsikan admin di atas.

Ikuti SukaSukaMY di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here